Saturday, 28 March 2020

Kuih Akok Pandan Kelantan, Original Resepi dari MIL

Assalam....
Selepas ini jangan lah jemu ya, kita keluar resepi hasil dari main masak-masak dengan MIL.  Hari ini kita belajar buat kuih akok, MIL memang pembuat kuih akok tepung beras dan sebagai seorang yang suka benda manis-manis ni, tentulah saya suka sangat nak mencicipi kuih-muih.  Akok kuih tradisi negeri Kelantan, rugi rasanya kalau tak belajar lagi pun orang yang pro dah ada depan mata.  Semoga boleh dimanfaatkan perkongsian ini.


Nak dapatkan santan dan pati pandan, campurkan pandan blend dengan kelapa parut dan ramas sekali dan perah.  Ini cara orang kampung dapatkan santan kena perah kelapa parut.  Awak yang duduk bandar campurkan saja santan dengan pandan paste, kan mudah tu.


Akok Pandan Kelantan
Sumber: Che Bedah

Bahan-bahan
2/3 mangkuk tepung beras
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk santan (yang bercampur pati santan)
5 helai daun pandan - blend
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk griss acuan
 


Cara Penyediaannya
* Perah kelapa dengan daun pandan blend, tapis dan sukat mengikut sukatan yang diperlukan.
* Campurkan santan dengan telur, gaul hingga gula hancur.
* Campurkan dengan tepung, kacau sebati dan tapis adunan.
* Diamkan adunan sebentar kira-kira 20-30 minit. 
* Panaskan acuan, griss dengan minyak masak.
* Tuangkan adunan paras 2/3 pada acuan dan bakr hingga masak.
* Keluarkan dari acuan bila dah masak dan ulang griss untuk bakar yang seterusnya.
* Sejukkan kuih dan hidangkan.


Nota penting:
- Masukkan adunan ketika acuan kena betul-betul panas dan ada bunyi "sreak".
a. Santan dari 2 biji kelapa
b. Tepung beras guna cap teratai atau 3 gajah
c. Letak garam, tips kuih tak hancur.
 
Jika tiada cetakan kuih akok tradisi begini dan tak boleh bakar guna sabut, kita guna acuan bahulu atau acuan kuih bakar dan bakarlah dalam oven. 


Hasil akok yang MIL buat sangat sedap dan lembut, tak sedar boleh makan banyak biji.  Saya suka makan kuih akok ketika kuih ini masih suam-suam.  Manis dia tu memang lah tak boleh bawa bincang, biasalah kuih-kuih tradisi negeri Che Siti Wan Kembang kan.  Bagaimanapun kuantiti gula boleh kita kurangkan sedikit mengikut citarasa sendiri.
Wassalam.

4 comments:

  1. Waalaikumussalam. Sedap ni 😍

    ReplyDelete
  2. Alahai... sedapnya makan akok panas-panas... tak cukup sebijik, mao 4-5 biji baru puas hati...tambah secawan minuman panas!

    ReplyDelete
  3. kalau ke Kelantan, memang cari kuih ni
    Cuma sekarang tak berani makan manis2 sangat macam kuih ni.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap la pula..nyummy...

    ReplyDelete