Monday 23 March 2020

Kek Pisang


Assalamm..
Kek pisang cadangan menu untuk minum petang pada hari ke-6, PKP covid-19.  Itu pun kalau kawan-kawan ada stok pisang masak di rumah lah, kalau takde boleh jer tukar dan guna buah-buah lain macam mango.  Kami beli sedikit buah hari tu untuk stok macam pisang masak nie, kalau payah-payah sangat gaul-gaul buat jer cekodok untuk sarapan atau minum petang.  Pisang tu klau biar saja memang akan busuk, kita kupas dan masukkan dalam plastik kemudian simpan dalam esbok.  Nak guna baru kita lenyekkan dia.


Boleh lah buat aktiviti memasak bersama anak-anak supaya mereka tidak kebosanan dan larikan tumpuan mereka sekejap daripada tv atau phone.  Buat banyak-banyak tu nak buat kenduri ker, eh takde lah mana boleh kumpul-kumpul kan Kita bagi-bagi lah pada jiran depan, sebelah kiri kanan, atau atas bawah.


Kek Pisang
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
5 biji pisang
4 biji telur
1 cawan gula halus
1. 5 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen pisang
3/4 cawan minyak masak atau majerin cair 

Cara Penyediaannya
* Sediakn loyang pembakar, griss dasar dan lapik dengan baking paper.
* Panaskan oven dengan suhu 160'C.
* Lenyekkan 3 biji pisang hingga hancur dan gaulkan dengan soda bikarbonat.
* Jika guna butter atau majerin, cairkan dulu dan sejukkan.
* Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
* Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula halus dan esen pisang hingga kembang.
*  Masukkan pisang lenyek berselang seli dengan tepung yang telah di ayak hingga habis dan gaul sebati.
* Masukkan minyak atau majerin.  Gaul perlahan hingga sebati.
* Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 40 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing. 
* Bila dah masak, terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk sebelum di potong.

Tadaaa, dah siap.  Buat kek pisang yang saya guna adalah pisang berangan, pisang emas atau pisang rastali.  Jika guna pisang cavandish atau pisang montal, rasa kek sedikit masam.  Tapi yang dua jenis pisang susah nak dapat, jadi selalu guna pisang berangan saja.
Wasalam.

4 comments:

  1. Mak saya pun kupas pisang, simpan dalam tempat sejuk beku.
    Rumah kitorang banyak tanam pisang.
    Alhamdulillah. Moga murah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Thanks sharing resepi. Senang2 boleh buat.

    ReplyDelete
  3. ini antara yang fevret. lagi2 yg moist tu haih..
    ralit makan =D

    ReplyDelete