Monday, 23 March 2020

Saing Belajarku, Terima Menantu.

Assalamm...
Alih cerita lain pulak lah, ini kisah pergi jemputan kenduri anak kepada sahabat zaman kami belajar dulu.  Sahabat kami yang satu course dan satu rumah sewa dah dapat menantu, nampak kan kami dah tua.  Mak pengantin dulu pun kawen muda juga zaman tengah belajar tahun dan sebelum mak dia grade si pengantin ni dah lahir.  Memang dulu dapat lah bermain-main dengan baby nie bila mana mak dia bawa datang ke rumah sewa kami di Penang.  Kenduri di Bachang Melaka, seminggu sebelum kena lockdown.


Kenduri sekarang memang macam pesta makanan, pelbagai jenis.  Banyak pilihan biar semua tetamu dapat lah merasa, tak nak jamah nasi dengan lauk, ada menu lain macam mee, kuih-kuih.  Tak sempatlah nak merasa banyak sebab masa kami datang tu waktu puncak, bagi peluang pada orang lain yang nak makan.

Dari dalam khemah dapat nengok pengantin berarak, orang Melaka buat kenduri memang best cuma kali ini tak nampak pengantin di angkat guna tanduh.


Dapat melihat pengantin diarak dan berjalan menuju pelaminan saja, tak sempatlah nak ambil gambar pengantin bersanding.  Kami kena beredar balik sebab banyak tempat lagi nak singgah petang tu. 


Tetamu datang bertali arus tak sempat nak borak-borak dengan mak pengantin yang sibuk melayan tetamu.  Allah rezekikan dengan cuaca elok hari tu, cuma agak terik sedikit.  Jangan lupa jemput kami lagi untuk kenduri seterusnya adik-adik Anis.


In Sha Allah, ada rezeki dan kesihatan yang baik kita jumpa lagi sahabat.  Rasa baru saja melihat ko dengan anak-anak kecil datang jumpa aku d Melaka Sentral tu, tup tup dah terima menantu.  Tahniah, tahniah.


Selamat menempuh hidup berumahtangga dan semoga kekal bercinta hingga ke jannah buat pasangan pengantin baru Farisha Anis dan Hisham.
Wassalam.

1 comment: