Tempat permandian alam ini tidak lah besar seperti sungai atau air terjun dalam hutan atau rimba rekreasi. Uniknya lokasi Permandian Alam Citta terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan yang bernama Desa Citta, Kecamatan Citta, Kabupaten Soppeng.
Sumber mata air Citta terdapat di bawah rimbunan pokok-pokok ini. Pokok asal yang sangat besar tempat terbitnya mata air telah pun mati dan berganti dengan anak-anak pokok daripada pokok yang asal. Istimewanya sumber mata air ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Puas meneropong ke dalam lubang aliran air untuk melihat lokasi tepat mata air tersebut. Namun hampa sebab terletak jauh ke dalam di sebalik akar kayu.
Sumber air yang sangat jernih dan sejuk. Kami perhatikan orang yang berada dihulu mandi dengan menggunakan shampo dan sabun, bekas atau buih sabun / shampo tersebut sangat cepat meneutral semula.
Kolam pertama yang paling hampir dengan sumber mata air.
Beberapa buah pam air yang diletakkan oleh penduduk kampung untuk menyalurkan bekalan air bersih ke rumah mereka. Terdapat juga perusahaan yang membekalkan air mineral sumber daripada air Citta untuk pasaran tempatan.
Pondok rehat yang disediakan kepada pengunjung, semasa kunjungan kami hari itu, tiada group pengujung lain (kemungkinan bukan hari cuti) melainkan beberapa orang kampung yang datang untuk mandi dan membasuh pakaian. Di sebelah bawah belakang pondok disediakan beberapa buah kolam yang lebih besar untuk menampung jumlah pengunjung pada waktu puncak.
Salah satu sumber tanaman yang diusahakan oleh penduduk di desa ini adalah penanaman tembakau. Jika kena pada waktu panen tembakau, pengunjung dapat melihat aktiviti pengolahan tembakau secara tradisional oleh penduduk tempatan.
Di desa ini juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menempatkan Makam Ikajao Datu Citta (Raja) dan keturunannya.
Pengurusan dan pengelolaan kawasan dikendalikan sendiri oleh penduduk tempatan dan terdapat sedikit bayaran yang dikenakan kepada pengunjung masuk ke kawasan Permandian Alam Citta. Bayaran tersebut tidak dikira mengikut per kepala sebaliknya mengikut group atau jumlah kenderaan pengunjung.

Rumah-rumah tradisional penduduk yang terdapat di Desa Citta.

Wassalam.
Ijin share mas
ReplyDelete