Thursday, 2 March 2017

Lao Mandre: Restoran Sri Kumande, Keningau


Assalam...
Ini restoran yang kami kunjungi ketika di Keningau, sebelum naik ke Crocker Range Park kami berhenti untuk sarapan di sini.  Lokasi bukan di dalam bandar Keningau tetapi terletak di Kampung Bulu Silou, sebelum sampai bandar Keningau jika dari Kimanis.


Ini adalah pisang molen, goreng pisang tapi tepung yang menyaluti pisang tu ada lain sikit, salutannya agak tebal.  Nak cerita pun tak pandai.


Lauk tengahari  pun dah ada disediakan, sayur yang sebelah atas kanan tu adalah pucuk ubi yang ditumbuk bersama jantung pisang kemudian dimasak lemak.  Menu kampung yang tersangat lama tidak dinikmmati lebih dikenali sebagai kayu tettuk (sayur tumbuk).


Kedai 2 lot ini dibuka dari awal pagi (sarapan) hingga tengah malam. Menu sebelah malam lebih kepada ala carte, sajian steamboat dan grill.


Menurut tuan punya kedai, salah satu cabaran untuk pengusaha steamboat di Keningau adalah bekalan seafood kerana Kenigau terletak di pedalaman dan jauh daripada pantai.  Makanan laut diperolehi dari lokasi yang jauh dan agak mahal, merupakan faktor yang mempengaruhi harga pakej steamboat yang mereka tawarkan.  


Bekalan seafood untuk steamboat di Sri Kumande datangnya dari Kalabakan, Tawau atau pun dari Sandakan. Walaupun agak jauh namun harganya masih murah berbanding yang didatangkan dari Kota Kinabalu.



Bahan-bahan steamboat yang disediakan di Sri Kumande seperti jugak di tempat lain yang perlu ada varieti sayuran, makanan laut, makanan sejuk beku, daging, mee, nasi dan pelbagai lagi.  Kalau bernasib baik, dapat bekalan boleh lah merasa daging payau (rusa) di sini.


Sesiapa yang berkunjung ke daerah Kenigau boleh singgah untuk menjamu selera di sini, kerana kepelbagaian makanan yang mereka sediakan daripada hidangan sarapan pagi hingga ke makan malam.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment