Assalam...
Di Crocker Range Park Keningau (atau dikenali sebagai roof top of Borneo), kami singgah di pejabat pentadbiran yang menempatkan galeri yang menceritakan tentang kawasan taman banjaran ini. Terdapat staff yang bertugas memberi penerangan keistimewaan Taman Banjaran Crocker terutama taman banjaran yang terletak di Keningau (atau dalam sub-station Kenigau). Station Kenigau merupakan ibu pejabat untuk Taman Banjaran Crocker.
Terdapat beberapa sub station yang boleh dilawati seperti sub station Kimanis, Ulu Membakut (Beufort), Mahua (Tambunan), sub station Melalap, Kikiran (tenom), Alab (Tuaran), Ulu Senagang (Papar), Buayan (Penampang) di dalam rangkaian Taman Banjaran Crocker. Meliputi kawasan yang luas (120 km panjang dan 40 km lebar) dan daerah menganjur daripada daerah Tuaran hingga ke Tenom.
Peta lokasi kawasan Roof Top of Borneo (Station Keningau) dan aktiviti yang bersesuain untuk pelawat. Antara yang aktiviti yang menarik minat untuk dicuba adalah aktiviti merentas hutan.
Penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini. Tapak perkhemahan juga ada sekiranya mereka memilih untuk lebih adventure.
Orkid liar jenis ini banyak terdapat di Crocker Range Park, Keninagu.
Saya tak pasti sama ada pokok ini adalah pokok lengkuas, bunga kantan atau tuhau. Tuhau jeruk (sambal tuhau) makanan feveret masyarakat tempatan di Sabah terutama kaum Kadazan Dusun.
Disebabkan kami tidak dapat melawat kawasan yang luas, hanya explore apa yang dipamirkandalam bangunan galeri.
Apa itu CRBR? - Crocker Range Biosfera adalah ekosistem daratan dan landskap semulajadi yang meliputi kawasan seluas 350, 354 hektar. Telah diistiharkan sebagai Rizab Biosfera oleh UNESCO sejak 2014 dan merupakan tadahan air untuk kawasan pantai barat Sabah.
Dalam galeri, terdapat pelbagai jenis peralatan masyarakat tempatan untuk bertani, berburu dan menangkap ikan dipamerkan.
Sebahagian jenis peralatan tersebut masih digunakan hingga ke hari ini.
Antara species rama-rama yang telah diawet dan dipamerkan di sini. Binatang awet lain turut dipamerkan seperti kancil, musang, ular sawa, unggas dan banyak lagi.
Menara tinjau di Crocker Range Park, yang berdekatan dengan bangunan restoran dan cafe. Jika cuaca elok bandar Keningau kelihatan jelas dari sini.
Di sini ada pusat bunga reflisia jadi boleh jumpa bunga terbesar di dunia tu, cuma kena pastikan datang ketika musim bunga reflisia berbunga (kembang). Kami sedikit ralat sebab tak dapat saksikan fenomena tersebut sebab tempat itu di tutup sementara. Di luar musim mereka tidak membenarkan sebarang pelawat untuk melawat, ditakuti perkembangan reflisia terbantut.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment