Wednesday, 1 March 2017

Muzium Coklat, Kota Damansara


Assalam...
Jom kita melawat muzium coklat di Kota Damansara.  Masa kanak-kanak dulu dah puas bermain di kebun koko milik mak saudara.  Ketika itu harga biji koko di pasaran masih ok kata orang, memang suka tolong mak saudara petik buah koko.  Bertambah-tambah suka ketika proses meleraikan buah daripada kulitnya.  Boleh isap biji-biji koko puas-puas.  Dapat buah koko mengkal lagi best, makan cicah dengan kicap campur cili padi, ah nikmatnya.  Sekarang mana nak jumpa dah kebun koko, jadi moh lah kita pergi melawat muzium coklat saja sambil tu kita melontar duit beli coklat.


Pengisian kalau melawat muzium tu memang sangat bagus banyak ilmu yang boleh dipelajari, daripada benda itu tiada kepada ada dan kekal ataupun tiada semula.  Itulah sejarah, setiap detik perjalanan sesuatu ada kisahnya seperti juga dengan koko atau coklat.  Asal usulnya, bagaimana ianya berkembang dan tokoh-tokoh yang bertanggungjawap seperti pengasas dan pengeluar jenama-jenama coklat dunia.


Daripada journal perubatan, sumber nutrisi yang terkandung dalam koko atau coklat memberi kesan atau tindak balas yang bagus untuk tubuh badan manusia.  Sebab itu koko sejak dahulu kala telah dijadikan sebagai bahan untuk mengubati penyakit dan dikategorikan sebagai bahan yang sangat bernilai ketika itu. 


Di sini ada bilik yang kita boleh saksikan chef tengah menyediakan coklat.  Pengujung boleh lihat bagaimana proses penyediaan coklat dilakukan melalui cermin besar.  Rasanya kalau tempat tu open, mesti ramai pengunjung yang sibuk nak bertanya itu ini kepada chef.


Apabila coklat siap, chef akan keluar dengan membawa dulang-dulang yang berisi coklat di tangan.  Dipersilahkan untuk mencuba coklat yang baru disediakan tadi.


Contoh replika rumah yang diperbuat daripada coklat, marshmallow dan biskut.


Di sebelah bilik penyediaan coklat tadi, terdapat store yang menjual pelbagai jenis coklat.  Jenama coklat tempatan dan antarabangsa ada di jual di sini.  Dibuka setiap hari mengikut waktu operasi muzium.


Hari yang kami pergi tu, sempena ada jualan coklat.  Jualan coklat berlangsung dalam bilik sebelah galeri bukan di kedai coklat yang terdapat di dalam tu.  Harganya pasti lagi murah jika beli ketika ada jualan dan lebih banyak pilihan.


Saya suka coklat yang ada inti buah acai,blueberry dan delima ini, kedua-duanya pun sangat sedap.


Waktu operasi muzium coklat.  Siapa penggemar coklat tu boleh lah datang terutama ketika mereka mengadakan jualan besar-besaran.  Nak tahu hari apa yang diadakan jualan tu, boleh lah check melalui website mereka di chocolatemuseum.my.


Ini saja yang kami beli hari itu, tak suka, tak suka pun beli jugak.  Nasib jumpa coklat yang berkenan di hati dan harga pun takdelah mahal sangat, harga offer kan. 


Sebenarnya kami berkenan kat coklat Fidani yang sedap dan mahal tu.  Pernah lah rasa semasa kami ada tugasan di istana dulu sebab tu berkenan. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment