Assalam..
Niga tau poji mandre bakso? Siapa hantu bakso kita geng. Jom kita try makan di Bakso Monster (the fatters bakso in town) resto by Jovian Mandagie. Memang suka makan bakso yang gemuk-gemuk, original orang Indonesia jual bakso mesti ada bebola yang besar macam bola tenis dan beberapa ketul bakso kecil. Bebola daging yang besar sama ada diperbuat daripada daging cincang sahaja atau yang ada telur rebus sebagai inti di dalamnya. Selalu-selalu makan kat gerai tepi jalan atau food court je, meh kita up grade sikit gi sini pula.
Deko dalam resto ala-ala retro juga lah. Sebab tokeh pun designer, toilet pun tak lepas dapat sentuhan kreativiti pemiliknya. Tapi yang leceh datang sini tu, susah nak cari tempat parkir kosong. Bangsar tu beb, tempat orang kaya kata kawan saya.
Buku menu yang paling win walaupun hanya sekeping, paling besar yang pernah saya jumpa setakat ini. Sebab ko pergi restoran bakso, so menu utamanya mestilah bakso dan sewaktu dengannya. Jangan pula cari nasi tomato dan ayam masak merah. Tetapi ada je menu lain bagi yang tak nak makan bakso, ada soto, pecel lele dan nasi goreng.
Ini bakso pilihan saya, pilih yang guna glass noodle (so hoon) dan kuahnya Indonesian Traditional. Pilihan mee dan kuah terdapat 3 jenis pilihan setiap satu.
Soto ayam untuk en.Abe.
Nasi dan bergedil adalah set untuk soto ayam tadi.
Sambal ada 3 jenis dan kicap ABC yang terlalu Indonesia.
Side order kami, nak cuba mertabak manis (macam apam balik, cuma tak diterbalikkan macam selalu). Memang sangat manis.
Ada contoh portion makanan yang mereka sajikan, incase ada yang tak biasa dengan makanan indonesia. Kadang-kadang tak dapat nak gambarkan makanan hanya dengan baca menu, boleh rujuk display dekat kaunter.
Lepas ini boleh lah try pulak makanan Menado (Sulawesi Utara) di resto Jovian yang lain.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment