Friday, 3 March 2017

Dragon Inn, Semporna Sabah


Assalam...
Ini pula penginapan ketika kami berada di Semporna, last minute booking sebab last minute juga putuskan nak bermalam di Semporna.  Kali ini tidak mahu bermalam di rumah saudara mara dah, kami nak tidur di hotel pula.  Yang sebetulnya kami takde saudara mara di Semporna pun.  Blur sebenarnya nak pilih penginapan di yang mana satu, booking online sebab terpesona melihat gambar yang ada di agoda.  Jangan kecam saya bila tidak memuaskan, tetapi padanlah dengan harga yang kita bayar kan.  Kalau bayar ribu-ribu lemon layak lah nak komplen, sekadar macam ini, diam sudah.

Keadaan dalam bilik standard family room yang kami tempah.  Furnisingnya daripada kayu dan pelepah pokok.  Sound proof tu memanglah kurang, so orang sebelah memang boleh dengar kalau anda jenis kuat berdengkur.  Tetapi simponi alunan air laut kat bawah tu boleh menjadi penyelamat. 


Bilik air luas dan bersih, terletak di bawah sedikit (dua anak tangga) daripada paras lantai bilik.


Pintu bilik airnya style koboi, jika bimbang rakan ada nampak anda ketika mandi sebaiknya tutup pintu utama yang daripada bilik.  Ada ruang antara bilik air dengan bilik tidur, boleh lah nak sidai baju ker atau yang merokok tu boleh melepak di situ.


Laluan yang berada di luar blok bilik penginapan, berjalan dengan berkaki ayam saja.  Ada beberapa pot sesuai untuk merakam keindahan  sunrise di sini.  Jadi kena rajin-rajin bangun subuh jangan sampai terbangun pada waktu subuh gajah.


Laluan ke bilik penginapan, dipecahkan mengikut blok.  Bagus untuk exercise jalan kaki kerana perlu berjalan banyak.  Bilik kami pulak terletak di blok yang paling hujung, memang menapak bersama beg pakaian dan makanan.


Ini bahagian untuk bersantai yang lain, dekat dengan unit penginapan chalet individu (vip room).  Maksudnya tak bersambung dengan blok penginapan dengan orang lain.


Ada perkhidmatan water teksi, boleh jemput dan hantar penumpang daripada hotel ke tempat tujuan.  Tak perlu kecoh-kecoh nak keluar berjalan ke jeti.  Boleh minta mereka aturkan dengan tambahan bayaran sekiranya khidmat ini tidak termasuk dalam pakej.


Restoran yang terdapat di Dragon Inn, bilik kami tidak termasuk dengan sarapan.  Dragon Inn ada menyediakan coupon untuk special discount kepada pelanggan yang menginap di sini sekiranya mereka hendak makan di Restoran.  Restoran ini turut di buka untuk pengunjung luar yang tidak menginap di Dragon Inn.


Kedai cenderahati, saya tak sempat masuk ke dalam.  Tiket pergi tengok ikan kerapu gergasi pun kami tak guna sebab nak cepat pergi jeti untuk lawatan ke pulau pagi itu.


Kalau anda kaki surfing dan perlukan wifi percuma, rasanya di sini bukan tempat yang sesuai kerana wifi percuma yang mereka sediakan hanya untuk 2 jam dan single user sahaja.  Kami tak guna pun sebab masing-masing dah ada data sendiri. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment