Monday, 6 March 2017

Agro Tani Chalet, Pasir Pekan Kota Bahru.


Assalam...
Ini pula chalet tempat kami menginap semasa menghadiri kenduri kesyukuran di Pasir Pekan, Kota Bahru.  Tak kisah pun kalau nak duduk rumah orang kenduri, tetapi tuan rumah pula yang segan dan sediakan tempat penginapan untuk kami yang berdekatan dengan rumah mereka.  Chalet ini dalam satu bidang tanah kebun, tanah lot banglo lah kot, buat satu rumah yang ada 3 unit chalet, keliling tu mereka tanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.



Berhadapan dengan Sungai Kelantan, boleh nampak kapal pengorek pasir tu.  Sementara dataran sebelah sana tu adalah kawasan tesco dan aeon mall.


Duduk sini macam duduk rumah sendiri kat kampung, cuma saja tak takde tempat nak main masak-masak dalam chalet.  Tetapi di luar ada bekas untuk orang nak panggang-panggang, ada pernah buat bbq kot.


Unit chalet yang kami tidur tu adalah unit yang paling besar, ada ruang tamu dan set sofa di sediakan.  Sesuai jika ramai menginap dengan group yang ramai.


Faciliti yang disediakn kira asas saja lah, sesuailah sebagai tempat persinggahan sementara, untuk tidur dan berehat sekejap.  Iya lah takkan nak berumah tangga di sini kan, balik lah ke rumah sendiri.


Bilik air chalet kami yang selesa, takde masalah dengan tekanan air yang perlahan.


Dalam unit chalet kami terdapat 2 buah katil queen disediakan.  Ruang kosong masih luas sekiranya ada yang hendak membentang comforter atau tilam tambahan.


Ada notis amaran untuk penyewa chalet ye, tuan tanah tak mau bersubahat dalam maksiat.


Orang lain tak heran pun nak petik-petik sayur dan buah macam ini, lain lah kalau petik buah strawberry atau buah apple. Dapat kat kami, macam jumpa emas seronoknya menuai hasil tanaman orang.


Daripada pagar depan hingga ke chalet, penuh dengan pokok roselle kiri kanan.  Tengah sarat berbuah, ada dahan menyembah bumi sebab menampung buah yang banya.  Rasanya kalau buah dah begini, buah dah cukup matang kot untuk di petik.  Pernah makan pucuk roselle yang dibuat pais masak dengan masak ikan, sedap.


Limau pun ada beberapa jenis yang di tanam, tapi tak boleh dipetik lagi.  Antaranya limau madu ini.


Pokok terung panjang buah banyak tersembunyi dibalik daun.  Dapat petik seplastik buah terung petang tu, nampaknya banyak juga yang dah rosak tidak dipetik oleh tuan chalet.


Antara jenis pisang yang ada di perkarangan chalet, ini pisang lemak manis atau pisang 40 hari.  Kami kenal ini pisang budak sebab saiznya yang kecil.


Tinggal limau nipis dan limau kasturi yang kami tak dapat ambil, sebab rasa macam tamak sangat semua nak ambil hehehe.


Ada terfikir tak, kalau ada mesin pengisar tebu dekat situ.  Dengan pokok tebu sekali boleh jadi mangsa.  Sedapnya minum air tebu segar ketika cuaca panas lit lit. 


Nasib lah baru putik buah dokong tu, kalau tak dah kena panjat juga.


Pokok ini yang paling suka, pantang jumpa mesti nak petik.  Petang itu memang banyak sayur yang saya petik, macam menuai hasil di kebun sendiri je.  Tuan tanah benarkan kalau nak petik sayur dan buah-buahan dalam kawasan chalet, no worries.  Petiklah sesuka hati dan bawa balik ke rumah sendiri.


Mereka yang menginap di sini perlu ambil peluang, terutama yang datang bersama kanak-kanak.  Kawasan sekeliling chalet boleh jadikan kelas pembelajaran dengan mengenalkan mereka dengan tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment