Friday, 26 December 2014

Masjid Tengku Ahmad, Jerantut

Assalam...
Masjid Tengku Ahmad merupakan masjid daerah (lama)  bagi pekan Jerantut sebelum terbinanya masjid baru Tengku Mahkota Abdullah.  Jadi kiranya sebelum memasuki kawasan pekan Jerantut akan terjumpa masjid dari semua arah.  Kalau datang dari arah Termerloh / Jengka akan jumpa masjid Tengku Mahkota dan bila datang dari arah Benta akan jumpa masjid Tengku Ahmad ini.  Uniknya senibina masjid di negeri Pahang adalah sesuatu senibina boleh dilihat di beberapa daerah.  Seperti halnya dengan senibina Masjid Tengku Ahmad ini, turut ditemui di daerah lain seperti di daerah Rompin, Kuala Lipis dan Gambang.
Ketika kami sampai di masjid ini, azan Zohor baru berkumandang.  Dapatlah mereka sholat zohor berjemaah, cik kiah sebab abc menunggu di wakaf sambil itu klik sana sini.
Wakaf tempat berteduh untuk wanita terdapat dibahagian dalam menuju ke tempat ambil wuduk dan bilik air.  Di bahagian luar terdapat 2 buah wakaf lagi disediakan bersebelahan dengan homestay.
Di Sebelah ini ruang berwuduk untuk jemaah lelaki.  Curi-curi ambil gambar takut ada orang, sebab ketika itu mereka tengah menunaikan solat zohor.
Masjid ini ada sediakan homestay, ada kontak nombor, tapi nombor phone yang disediakan tu pulak dah tak jelas.  Langsung tak boleh nampak dengan pandangan mata kasar makcik yang dah start nak rabun ni ha.

Terdapat dewan dan kedai-kedai di sebelah kiri masjid.

Dari segi aktiviti masjid memang banyak dengan jadual kuliah dan ceramah agama.  Punca ekonomi pun dapat dijana dengan menyewakan ruang-ruang niaga dan homestay di kawasan sekitar.


Maaflah sebab kali ini tak dapat nak ambil gambar dalaman masjid.   Tinjau di kawasan luar saja sementara nak hantar adik ke majlis ugama, kerana perlu berkumpul sebelum jam 2 petang dan kami akan bergegas balik ke rumah kenduri di Kampung Gong Halt.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment