Sunday, 7 December 2014

La'Diva Dengan Ballerina

Assalam...
Produk La'Diva Ballerina sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan tidak ada banyak masa untuk make up muka lama-lama.  Mana nak sapu foundation, lepas itu nak sapu concealer lagi, diikuti dengan bedak powder atau kompak.  Itu baru bedak belum nak touch up mata, kening, bibir lagi.  Tetapi dengan foundation La'Diva Ballerina ini, satu saja dah cukup sebagai foundation, concealer dan bedak, tak perlu last touch up guna powder atau compact.  Selain itu terdapat juga produk lain khas untuk produk perawatan muka dan badan.  Direka khas oleh pengasasnya untuk menolong kaum hawa agar sentiasa kelihatan cantik menawan.
 Antara sebahagian produk oleh Ballerina.
Untuk mereka yang nak slim, gunakan slimpro dan sapukan dibahagian badan yang nak dislimkan.  Botol gold tu adalah shape cream, rasa-rasa dah bosan dengan bentuk muka yang bulat seperti bulan, bolehlah guna untuk mendapatkan muka bujur sirih.  Sementara serum tu untuk meremajakan kulit dan mendapatkan rona kulit yang sekata, yang bestnya bukan hanya bahagian muka tetapi boleh disapu untuk tangan dan badan.
Suka dengan motif bunga ros yang ada pada penutup foundation.
Basic set Ballerina Skincare - cleanser, toner dan La'Diva Foundation.
Botol macam parfume kan, tapi sebenarnya ini hanyalah toner.  Apply toner tak perlu gunakan kapas, terus sembur ke kulit muka (4 bahagian - dahi, 2 pipi dan atas dagu) dan ratakan.
 Ini baru parfume, bentuk hati berkilau-kilau.
Ya, tagline yang bagus cantik dan sihat.  Nak cantik atau nak sihat, ada yang cantik tapi tak sihat, ada yang sihat tapi kurang cantik.  Memiliki kedua-duanya memang sangat beruntung.  Tapi cantik itu sebenarnya subjektif kan.  Kalau tak dapat dua-dua pun yang penting badan dan fikiran sihat.
Ada pelbagai lagi produk kecantikan keluaran Ballerina sebenarnya.  Klik sini untuk info lebih lanjut.  Bagi yang minat berniaga, bolehlah risik-risik peluang untuk menjadi ajen dropship.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment