Wednesday, 31 December 2014

Nostalgia Ubi Rebus

Assalam...
Sebagai penutup cerita alam maya pada tahun ini dan bertepatan sekali dengan kejadian banjir yang melanda.  Sebelum itu saya pohon ribuan kemaafan bagi entry ini, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tambahan lagi saudara-saudara kita yang sedang berduka di pantai timur dengan keadaan banjir yang luar biasa.  Keluarga kami sendiri tidak terkecuali terlibat dalam musibah ini dan rasa risau itu tetap ada sebab tidak dapat berhubung untuk mengetahui keadaan semasa dan keselamatan mereka.  

Pada saya pengalaman banjir ini satu pengalaman yang baru, pengalaman yang menakutkan dan pastinya akan menjadi igauan ngeri.  Sebelum ini hanya dapat menyaksikan kejadian sepertinya dari kaca television, namun kali ini ia nyata berlaku dihadapan mataku sendiri.  Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar hanya itu yang mampu diucapkan.  
Di zaman kanak-kanakku, ubi rebus kami makan bila kami berkendak pada makanan itu.  Pasti cerita dan nostalgianya adalah berbeza kepada mereka yang memakan ubi rebus semasa musim banjir kerana ketidak cukupan bekalan makanan.
Bila dah puas makan ubi rebus itu sama ada dimakan bercicahkan sambal tumis, gula pasir atau dimakan begitu sahaja.  Pada keesokkan hari emak akan membuat olahan pada sisa ubi rebus tersebut agar ianya tidak dibazirkan.  Akan terhasillah ubi goreng atau ubi getuk yang kami panggil sebagai terraju'.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment