Sunday, 21 December 2014

Cara Mudah Memasak Kurma

Assalam...
Ini iklan untuk orang tak mahir dan tak pandai memasak. Orang yang macam sayalah.  Suka makan, tapi tak reti masak camne tu, kalau harap nak beli memang taklah. Pulak tu dasar kedekut pait tak mo keluar duit beli yang dah siap masak kat kedai mamak.  Nak jimat dan boleh makan puas-puas, bolehlah ikut cara ini.  Nak masak kurma ayam ke, kurma daging ke, ikan ke ataupun kurma telur, semua boleh. Guna bahan sikit dan amat mudah nak masak.  Kawan saya kata 'cempelong' aje semua dalam periuk atau kuali dan tunggu hingga masak.
Yang penting kena ada kuah kurma keluaran Brahim's ini.  Ikut aje arahan yang ada kat belakang paket tu.  Tapi saya jenis degil nak ikut peraturan, memang selalu menderhaka, ikut suka hati mak pak nak tambah itu tambah ini. Satu paket kuah untuk 300gm daging, tapi kalau buat setengah ekor ayam, agak cair sikit tapi still sedap.
Jom kita tengok resepi yang selalu saya guna untuk masak kurma ini.

AYAM MASAK KURMA
Sumber: Mulia

Bahannya
300gm daging / ayam
1 paket kuah kurma Brahim's
3 biji ubi kentang - potong 4
2 biji bawang besar - potong 4
3 biji cili besar
2 ulas bawang putih- tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inc halia - tumbuk
4 biji telur rebus (optional)
Sedikit minyak
Garam dan perasa
Air secukupnya.

Cara Penyediaan
*  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
*  Masukkan kuah kurma, tumis seketika.  Masukkan ayam dan air secukupnya (agak dalam 1 liter - untuk pastikan ayam dan kentang empuk).
*   Masukkan ubi kentang dan bawang besar.  Masak hingga empuk dan masukkan telur rebus dan cili besar.
*  Letak garam dan sesuaikan rasa yang dikehendaki.  Kalau suka yang berkuah banyak tak perlu masak hingga pekat. Saya masak hingga agak pekat sebab suka kuah yang pekat likat.
Versi yang saya buat ini ada letak telur. Itu sebagai tambahan jer sebenarnya sebab rindu nak makan masak putih telur mak andak (kurma telur, mereka panggil masak putih telur, menu femes kalau di kampung mak angkat saya di Kedah sana).  Tapi depa takdelah masak guna kuah segera tu, depa campur-campur rempah.  Depa tergho takpolah, saya tergho makan jo.  Punyalah nak share kesukaan saya pada kawan-kawan dan keluarga, saya suka bekalkan mereka sepeket dua untuk dibawa ke perantauan.
Wassalam.

No comments:

Post a comment