Friday, 19 December 2014

Terung Pipit

Assalam...
Mengelat untuk ambil bahagian mengecat rumah yang membawa saya mengintai kebun mertua belakang dan tepi rumah.  Sebenarnya lebih kepada buat inspection benda apa yang boleh dipetik untuk di bawa balik ke kota nanti.  
Ketika itu bapak mertua sedang membuat kerja-kerja pembersihan kebun dari atas kerusi rodanya.  Kagum sebenarnya.  Beliau rancak bercerita sambil menunjukkan pokok-pokok pisang yang telah beliau tanam.  Itulah aktiviti harian beliau sekiranya keadaan dan cuaca mengizinkan kerana tapak itu berdekatan dengan sungai.  Tau sajalah bila musim hujan, senang air naik dan bila tanah becak memang sukar beliau nak bergerak dengan kerusi rodanya.
Jika saya tak keluar dari kampung saya, saya pun tak tahu yang terung pipit ini boleh di makan, letak dalam sambal tumis.  Selalu orang kampung tebas aje pokok ini kalau ada yang tumbuh di kebun mereka.
Sebab itulah dalam islam kita digalakkan mengembara dan keluar untuk melihat kebesaran Pencipta.  Dalam masa yang sama boleh berkenalan dan melihat perbezaan budaya orang lain.
Pokok baru belajar nak mula, masih muda dan baru beberapa tangkai.  Tapi rasanya yang muda macam ini dah boleh petik kalau nak masak.
Nampak masa betul-betulkan lens, cari guna mata kasar dah takde.  Terbang entah kemana..
Pokoknya dalam rimbunan semak belakang rumah.  Rasanya ini pokok baru sebab masa balik hari itu takde lagi.
Di sebelah belakang tu banyak rumpun paku pakis yang sentiasa rancak mengeluarkan pucuk.  Kali ini terselamat dari jadi mangsa tanganku  untuk memetiknya kerana balik lewat dari kenduri dan kami bergerak pulang selepas magrib.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment