Assalam....
Angkat tangan siapa yang selalu menggunakan pengangkutan awam terutama bas ke KLIA 2?. Alah tak nampaklah, bagi mereka yang tinggal area Kelana Jaya ada satu berita baik. Mulai 1hb Disember perkhidmatan bas ke KLIA 2 boleh didapati di sini. Kalau sebelum ini anda perlu ke Bandar Utama atau KL Sentral, sekarang boleh naik bas dari tepi rumah anda....skimanya ayat.
Ini jadual perjalanan ulang alik EROBUS antara Paradigm ke KLIA 2.
Kaunter dah tutup pulak masa kami lalu, masa tu dah lewat jugak sebenarnya sebab jadual last adalah 9.00 malam.
Tambang sehala adalah RM10.00 sahaja. Murah aje kan.
Tempat menunggu bas di hadapan Concorse Entrance, Level CC.
Bawah ini jadual perjalanan shuttle bus antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Paradigm Mall. Jadi bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT, boleh guankan perkhidmatan bas pengantara ini, dan ianya adalah PERCUMA.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment