Friday, 12 December 2014

Birthday Cake - Yang terlajak lewat & Akan datang.

Assalam...
Semalam orang tu balik kerja bawalah kotak ini.  Kotak take away ini, ingatkan apalah isinya.  Kot makanan hotel di bawa balik ok jugak, tapi itu tak mungkin.  Mana boleh.  Polisi mereka memang begitu, lebihan makanan tidak boleh dibawa balik, kalau nak makan, makanlah puas-puas di sana.

Bila buka, oh kek....ingatkan tempat kerja bagi hadiah kek birthday, almaklum esok lusa hari lahir orang tu.  Tapi bila baca, kek ini untuk orang yang birthday 2 bulan lepas.  Memang kes terlajak lewatlah nie.
Nampak memang cantik sekebun buah atas tu, tapi tak rasa lagi, kek masih suci murni.  Hanya dapat ngap sebiji blueberry dan sebiji blackberry, sebab tak dapat menahan.  Sayang pula rasa nak makan, cuma orang yang mendeko kek ini macam main campak-campak aje buah tu.
Guna kek apa dalam tu memang tak tahu, tapi yang pasti bukan cheese atau coklat.  Dua-dua tu memang tak minat.
Tunggu esok ajelah baru kita potong kek ini sempena hari lahir orang tu.  Walaupun dia tak suka makan kek.  Sebab nak jimat dan kedekut nak kuar duit, boleh gitu.  Selamat hari ulang tahun semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dalam keberkatan Ilahi.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment