Assalam....
1st April, tak perlu disambut kerana ia bukan budaya kita dan boleh memesongkan akidah serta takde istimewanya atau uniknya jika diberbanding dengan tarikh-tarikh lain 2 3 4 dan seterusnya. Namun tarikh itu akan terus terpahat kerana kenaifan dan kejahilan rakan-rakanku ketika zaman remaja sewaktu alam sekolah menengah.
Seperti biasa sekolah kami mengadakan perhimpunan setiap hari sebelum masuk kelas. Van sewa kami agak lambat sampai pada hari tersebut dan sampai di sekolah ketika perhimpunan sudah bermula. Nasib baik guru disiplin hari itu tak denda kami. Kerana kelewatan itu, rakan-rakanku telah bermesyurat dengan agenda komplot sorok mereka untuk mengenakan aku.
Ketika masuk barisan, mereka mengatakan bahawa guru disiplin hendak jumpa aku selepas perhimpunan. Atas alasan apa aku tanyakan kepada mereka, mereka cakap tak tahu. Rakan-rakan aku dengan murah hatinya telah menawarkan diri untuk membawa beg sekolah, buku dan segala benda yang aku bawa pagi itu masuk ke kelas. Tanpa rasa sak wasangka niat jahat mereka, selepas sahaja perhimpunan tamat aku bergegas ke bilik guru untuk mendapatkan guru disiplin.

Jumpa guru displin di hadapan bilik guru, aku bertanyakan samaada aku telah melanggar peraturan sekolah sehingga aku dipanggil. Guru disiplin tergamam dan terpingah-pingah terkejut dan berkata...
"Aik bila masa saya panggil awak?".
"Tapi kawan-kawan sekelas saya kata, cikgu suruh jumpa lepas perhimpunan"
"Siapa yang bagi tau"
"Kawan-kawan saya si rosmini, roslia, rosnani dengan si halimah......."
"Agaknya kawan-kawan awak dah kenakan awak ini. Awak tahu tak hari ini ape?." Sambil guru disiplin mendongak ke arah kelas kami.
Aku turut sama mendongak...terlihatlah olehku kawan-kawan aku bersidai diluar kelas sambil tersenyum-senyum ke arah kami sambil menjerit.
"Happy April Fool"...
Tuhan saja yang tahu bagaimana bengangnye aku pagi itu......malu ya amat...xpe ada ubi ada bas, tapi tak penah pun aku berdendam dan berniat mengenakan mereka di kemudian hari...(gambar tiada kaitan ngan cerita, saja letak sebab rindu kampung halaman).
Wassalam. "Aik bila masa saya panggil awak?".

No comments:
Post a Comment