Tuesday, 8 April 2014

Tak Sengaja Singgah Mee Udang Banjir

Assalam...
Selepas turun dari bukit, kami menuju ke Pasir Penambang mencari gerai makan yang selayaknya.  Tapi masuk sampai ke hujung semua restoran seafood yang diusahan oleh peniaga cina.  So kami putuskan berpatah balik ke Kapar dan singgah di mana-mana kedai tomyam dalam perjalanan nanti untuk makan.  Tetapi keadaan trafik dari Kuala Selangor menuju ke Kapar amatlah jem petang tu.  Ingatkan KL saja yang jem, rupanya kat sini pun sama jugak.  Menurut sepupu Mulia keadaan ini dah biasa pada setiap petang ahad, kesesakan boleh berlarutan sampai ke jam 9 malam.  Kebanyakkan pengguna jalan raya menuju ke Lembah Kelang kerana esok adalah hari bekerja setelah menghabiskan hujung minggu di kampung halaman masing-masing. 
Berhadapan dengan masjid daerah Kuala Selangor kami terpandang satu gerai dan kata sepakat untuk singgah makan di sini.  Baru Mulia teringat, kedai ini pernah masuk surat khabar dan telah direview oleh bebrapa orang blogger.  Rezeki langkah kananlah kiranya tu, sebab tak plan nak cari pun kedai ini.  Ada produk orang kampung yang turut dijual, macam atas meja tu ada tapai, kek dan sos rojak.  Tapai dalam bekas tu macam tinggalan orang dah makan separuh, Mulia ambil tapai ubi dari meja sebelah yang nampak masih fresh, erm sedap dan manis.  Yang lain buat tak heran sebab mereka tak suka tapai.
Tak sabar baby Daniyel ini nak mamam.  Dalam kereta tadi dah tidur dah dia, yang baiknya bangun2 tak moody dan boleh main-main lagi. Macam nilah baguskan Daniyel, lepas makan kami sambung perjalanan balik, Daniyel pun sambung tidur lagi sampai ke destinasi.  Lain kali Mami Dom bawa Daniyel lagi ye jalan-jalan.  
Nampak promo kat gerai ini adalah mee udang banjir yang begitu menonjol, jadi harus order menu ini untuk dicuba.  Ini mee udang saiz biasa, mangkuk pun kecil dan udang pun kurang dari yang saiz besar, pilihan cik Noi.
Yang ini baru Mee Udang saiz besar, dalam tu ada 6 ekor udang.  Mulia tak order konon sebab berpantang, bibir baru baik jer dari sompak sebab elergik seafood.
Pilihan en.Abe, koay teow goreng - rasa koay teow goreng melayu katanya bukan yang hak Penang na.
Mulia ngan Umi Daniyel pilih yang ini jer, nasi putih dan sup ekor.  Tak berani order yang susah takut kena tunggu lama.  Tapi service di gerai ini memang cepat, makanan datang awal sebelum minuman.
Lepas makan, keadaan jem masih begini, bayangkan berapa lama nak ambil masa untuk sampai ke Meru dari Kuala Selangor ini?  Kami tukar plan ikut jalan jauh melalui Bistari Jaya dan entah apa nama tempat lagi yang sepupu Mulia ikut.  Sampai Kapar jam melepasi angka 10 dan kami kena mandi di sini sebelum balik ke PJ sebab sana air simpanan dah tinggal sikit.  Lebih kurang jam 11.20 kami pun chaow cincau...
 Wassalam.

No comments:

Post a Comment