Assalam...
Tengok prop untuk garnishing (deko) memang lansung tak ikut prosedur yang betul. Seingat dulu-dulu philosophy menghias makanan yang dibelajar, kalau makanan manis garnishing perlu benda-benda manis jugak. Makanan savori (pedas, berempah) pun kena mengikut taste makanan. Begitu jugak dengan pinggan yang digunakan, bulat untuk makanan manis sementara pinggan bujur untuk makanan savori. Tapi itu dulu, sekarang gaya persembahan telah banyak yang berubah.
Ini sebenarnya percubaan yang ke-3 untuk menghasilkan Sawalla' yang bersira cantik, licin, berkilat dan tidak melekat-lekat. Percubaan menyira kali ini dah kira ok berbanding sebelumnya, namun bila dah lama, gula itu mencairlah pulak tak bertahan seperti dalam gambar. Siapa berminat nak buat klik resepi sini.
Bentuk bulat bujur seperti ini, saiz ikut suka ye...saya suka mengelat sebab tu buat besar-besar, biar cepat habis menggentel.
Goreng hingga kekuningan...hati2 tau time goreng tu sebab kadang2 ada yang bertukar jadi bom jangka, meletupss terbang keluar seperti bila kita menggoreng keropok lekor.
Saya suka makan yang togel macam ini jer, yang belum di sira gula. Rasa lemak-lemak dan manis sedikit.
Kali ini berjaya dah buat sira, namun masih tidak puas hati sebab saya nakkan sira gula yang bentuk kristal tu. Hingga kini masih tak tahu timing yang betul untuk menghasilkan sira yang seperti itu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment