Wednesday, 30 April 2014

Mati Itu Pasti...

Assalam...
Setiap di antara kita pasti suka mendengar khabar yang mengembirakan yang mampu membuat kita tersenyum dan rasa bahagia.  Namun bagaimana sekiranya kita mendapat berita tentang kematian seseorang, terutama yang ada pertalian keluarga atau teman rapat?  Seboleh mungkin kita memang tak mahukan yang ini.  Namun janji Allah itu pasti, saat kematian setiap mahkluk tidak akan berganjak walau seminit.
Bersediakan kita sekiranya berita seumpama ini dikhabarkan pada kita, yang insan tersayang telah kembali menghadap Pencipta.  Pada ketika kita tidak berada di sisi.  Bila mana ketika hayat si arwah, kita tahu dia sedang sakit namun kita terlalu sibuk dengan urusan hingga tidak sempat untuk melawat dan bertanya khabar.  Sedang jarak antara kita memungkin dapat bertemu saban minggu atau bulan.  Hampir tidak diperlukan tiket tambang rendah mahupun promosi seumpamanya untuk berada bersama.  Mendapat berita pula setelah pengebumian, itu pun melalui laman sosial setelah sanak saudara memuat naik status kematian tersebut.  Kenapa pada masa itu kita tidak mengetahuinya, bukan kah selama ini kita sentiasa on dengan fb, twitter, instag, blog dan sebagainya.  Sudah pasti ada rintihan, perasaan ralat dan pertanyaan yang tiada kesudahan dan timbul penyesalan...Ambillah iktibar, segeralah ziarahi saudara-mara, kenalan dan sesiapa sahaja yang mengisi ruang-ruang dihati anda ketika mana mereka masih sihat mahupun sakit. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment