Assalam...
Last week saya dengan teman pergi jalan-jalan area Jalan TAR dan Sogo. Dah lama sebenarnya tak mengunjungi tempat itu, setahun lebih tak silap. Nak kira jauh tu tak jugak, naik lrt dah boleh sampai, banding dulu boleh naik bas dengan perjalanan selama 4 jam semata-mata datang kawasan ini hendak shopping. Terkadang balik pada hari yang sama menaiki bas paling lewat 12 malam atau menumpang di rumah kawan-kawan sekitar KL, takpun check in mana-mana hotel budget di area ini. Kerja gila ker tak gila tu.
Sabtu lepas kami hanya berjalan-jalan di sekitar pasar malam dan berwindow dalam Sogo, tiada cadangan untuk bershopping. Menaiki lrt dari Kelana Jaya dan turun stesen Masjid Jamek. Dari Stesen lrt Masjid Jamek kami mulakan perjalanan dengan menyusuri gerai dan kedai sepanjang jalan menghala ke Jalan Masjid India dan Jalan TAR. Terlalu banyak benda yang menarik minat untuk menjamu mata di sini.
Untuk menjamu tekak kami singgah pekena laksa dan apam balik di pasar malam lepas itu teruskan misi berjalan-jalan hingga ke Sogo. Makaii luar dan dalam Sogo pun penuh dengan orang, lagi pulak tengah ada sales. Saya cuma meronta di level yang menempatkan pakaian wanita dan terus ke level 5 kerana merasa kurang selesa dan sakit di bahagian belakang dan kaki. Berlegar lagi di kawasan ini kerana tertarik dengan susunatur pelbagai jenis pinggan mangkuk yang nampak begitu menarik dengan koleksi yang pelbagai.
Akhirnya saya tewas jugak dek kesakitan yang melampau di bahagian kaki, pinggul dan belakang, kepala dah rasa sakit menyucuk-nyucuk serta pening. Terpaksa mencari tempat duduk sebelum apa-apa berlaku sambil menunggu teman saya yang belum habis shopping. Selepas itu kami berehat melepaskan lelah sambil menikmati makanan di food court Sogo.
Sambil makan, teman saya itu asyik bercerita berkenaan benda dia jumpa tadi dan yang menarik minatnya untuk dibeli. Sebelum kami melangkah keluar, teman saya minta temankan dia membeli barang yang diceritakan tadi yang membuatkan saya jugak tewas dan akhirnya ikut sama membeli barang itu. Keluar berjalan kali ini, saya rasa sangat perbezaan diri berbanding dahulu (hanya dari jam 2.00petang hingga 9.00malam). Agaknya beginilah rasa bila umur meningkat, tenaga dah tak sekuat orang muda. Kesannya terasa hingga keesokkan hari.
Wassalam. Sambil makan, teman saya itu asyik bercerita berkenaan benda dia jumpa tadi dan yang menarik minatnya untuk dibeli. Sebelum kami melangkah keluar, teman saya minta temankan dia membeli barang yang diceritakan tadi yang membuatkan saya jugak tewas dan akhirnya ikut sama membeli barang itu. Keluar berjalan kali ini, saya rasa sangat perbezaan diri berbanding dahulu (hanya dari jam 2.00petang hingga 9.00malam). Agaknya beginilah rasa bila umur meningkat, tenaga dah tak sekuat orang muda. Kesannya terasa hingga keesokkan hari.
No comments:
Post a Comment