Friday, 25 April 2014

Masak Kicap Ayam Hutan Pekat-Pekat.

Assalam....
Esok dah hujung minggu, hari untuk melekat di rumah.  Hujung minggu ini en.Abe kerja, so memang xde can nak gi lepak-lepak atau jalan-jalan.  Nak kuar sorang-sorang malas, lagi pun suka lagi duduk rumah rasa selamat dan tenang, bosan boleh online, sambung baca novel, atau mengasah bakat di dapur.  Masak super simple dimple saja yang penting boleh kenyangkan perut que dan orang yang balik kerja nanti
Resepi ini dapat hasil daripada pemerhatian melihat ahli keluarga sahabat baik saya yang suka benar duduk dapur.  Pagi-pagi kalau pergi rumah depa ini, mula celik jer mata daku perati dia dah ada di dapur sediakan sarapan, lepas tu meleret-leret hingga makan tengahari, minum petang, makan malam lepas makan malam ada lagi minum-minum bersama kudapan.  Kalau dah berkumpul ramai-ramai asyik-asyik masak, lepas masak makan, lepas makan masak lagi, hingga nak berjalan ke mana-mana selalunye postponed keesokan hari.  Ini antara resepi kesukaan keluarga ini iaitu Ayam Hutan Masak Kicap (tang bunyi pekat2 tu saja saya letak bagi sedap lagi) duk bandar tak jumpa ayam hutan, kita tukar dengan ayam bandar. 
Ayam Hutan Masak Kicap
Sumber: Nani family

Bahan-bahan
1 ekor ayam hutan (kita tukar ayam bandar) perapkan dengan garam, kunyit dan halia seketika.
Minyak untuk menggoreng 
* Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu

Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc. sedikit halia
2 batang serai ketuk

Bahan lain-lain
2 sudu besar cili boh
4 sekawan (1 setiap jenis)
2 ulas bawang besar - hiris 
1 biji cili besar - belah dua
1 biji tomato - belah empat
1 cawan kicap manis (selalu guna kipas udang/ jalen)
sedikit air
gula, garam dan perasa 

Cara penyediaan
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili boh dan tumis hingga cili masak.
2. Masukkan 4 sekawan, kicap, air, perasa dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.  Masak hingga pekat atau mengikut pekat kuah yang dikehendaki.  Kalau suka yang berkuah boleh tambah air dan kicap.
3. Sebelum tutup api, masukkan bawang hiris, cilli dan tomato.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment