Thursday, 17 April 2014

TTC Journey 03: HSG scan

Assalam..
Ya ampun, sakit rupanya kesan buat scan HSG ini, buat kat klinik yang disarankan oleh LPPKN.  Set appointment hari pertama period, sebab scan kena buat pada hari 9-11.  Saya dapat buat pada hari ke-10.  Boleh pergi kat mana-mana klinik atau hospital berdekatan yang ada sediakan scan HSG.  Cuma klinik yang disarankan oleh LKPPN adalah lebih murah berbanding tempat lain.  Saya cuma dikenakan bayaran RM180.00 saja, kalau buat di hospital swasta kos boleh menjangkau RM400.
Masa procedure scan dijalankan, tak lah sakit sangat.  Rasa ngilu jer kat bawah tu, mungkin sebab alat yang dimasukkan tu kot.  Lepas selesai still boleh jalan seperti biasa dari klinik ke stesen lrt.  I pergi sendiri jer buat prosedure ini dengan menaiki lrt awal pagi sebab takut hubby balik lewat, lagi pulak saya hanya apply cuti halfday pada hari itu.  Saya memang tak tahu kesan lepas buat HGS ingat ultrasound scan macam biasa selalu buat, tu yang ingat lepas scan pagi sebelah petang boleh masuk kerja.

Nurse dah sediakan pad untuk dipakai selepas itu, sebab memang akan ada darah yang keluar.  Nurse turut beri antibiotik dan pil tahan sakait, dengan confident saya cakap dengan nurse tak nak makan pil tahan sakit tu dan hanya nak makan antibiotik.
Result scan dapat pada masa tu bersama surat pengesahan, ape makna ayat tu saya pun tak faham, entah bahasa doktor.  Bahagian conclusion Dato' doktor tu tulis
"Normal uterine cavity"
"Bilateral para-fimbrial adhesion"   
* So ini normal lah kot, tiada sebarang masalah pada tiub dan salur follopian.
Result scan dan surat perlu dibawa untuk appointment dengan doktor di LKPPN kelak.
Dalam lrt perjalanan balik saya dah rase semacam, rileks lagi, tarik nafas, perut rasa senak, sebu dan pelbagai rasa, agaknya rama-rama semua tengah mengepak.  Semakin lama semakin sakit.  Dah call hubby standy cepat-cepat untuk jemput di stesen lrt.  Pujuk diri, kalau boleh tido tapi tak boleh, banyak stesen lagi nak sampai.  Dah tak peduli orang kiri kanan dan hadapan, buat muka kerut-kerut, sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat.  Bila dah sampai, berdiri untuk turun, masyaAllah sakitnya rasa tak terangkat kaki nak melangkah.  Gagahkan juga untuk keluar dari situ, badan memang dah tak boleh berdiri tegak, saya dah membongkok macam udang.
Sambil jalan perlahan-lahan, tarik nafas kuat-kuat.  Perut dah cramp, perut tak tahu macamana nak gambarkan sakitnya.  Rasa macam nak terkeluar semua isi perut pun ada, nak buang air pun ada, memulas tak hinggat.  Seluruh badan dah seram sejuk.  Berhenti berkali-kali, polis kat stesen pandang semacam, agaknya dia nak tolong, tapi tak beri peluang dia tolong, takut kejap lagi dia mesti papah.  Kuatkan semangat jalan perlahan untuk sampai ke kereta yang suami park dekat lift.
Dalam kereta balik rumah, saya lepaskan semuanya, jerit sekuatnya, sakit adoiiii....hubby pujuk-pujuk nasihat, suruh mengucap dan sabar kejap lagi dah nak sampai rumah.  Kaki dan tangan memang dah sejuk gila, kejang semua otot.  Sampai di rumah, terus baring.  Sakit tak hilang malah makin bertambah, mengiring rasa sakit, luruskan badan rasa sakit,  berkerekot lagi lah sakit.  Saya rasa inilah rasa sakit yang paling sakit dan sangat lain dalam hidup yang pernah saya alami.  Kemuncaknya saya memang muntah hijau hari itu, menahan sakit yang teramat.  Ubat tahan sakit (i tak tahu samada itu pain killer atau ponston) terpaksa saya telan untuk rehatkan badan dan tidur.  Call office saya tak boleh masuk petang itu dan minta cuti satu hari lagi.  Kesan paling ketara selama 2 3 hari adalah tidak boleh berjalan cepat, langkah kaki amat perlahan, lagaknya macam orang lepas bersalin, terbongkok-bongkok dan sakit bahagian bawah ari-ari. 
Daripada pengalaman orang lain yang saya baca, ramai yang kata sakit lepas scan HSG adalah seperti sakit hendak melahirkan anak.  Ini baru sedikit, sakit nak bersalin 10 kali ganda lagi dari yang ini.  Allahu Akhbar.  Namun aku tak takut untuk laluinya bila Allah beri peluang.   
Wassalam.

No comments:

Post a Comment