Monday, 14 April 2014

Remang Kuala Lumpur dari Balik Bukit.

Assalam...
Dalam perjalanan menuju ke sini, mood agak kureng sikit akibat mr.driver yang asyik tersilap jalan.  Maka sempurnalah tawaf kami berpusing mengelilingi kawasan Kampung Pandan dan Tesco Ampang entah berapa kali.  Yang pernah pergi, seorang jer dalam geng ini tapi dia pun ingat-ingat lupa, akhirnya terpaksa menggunakan talian hayat jugak untuk sampai ke sini.  Sebelum keluar nak google dulu dia kata tak perlu, lagi pun jalan cadangan cik google kami takkan ikut untuk mengelakkan daripada traffic jam.
Abaikan gambar yang kurang cantik, ada bau-bau ekoran pengaruh emosi yang bergelodak sebab tak jumpa jalan kot.  Nak pergi sekali lagi, kalau saya yang kena tunjuk jalan pun saya confirm tak ingat.
Memang meriah tempat ini, agaknya kalau datang waktu petang atau siang pemandangan mesti lagi cantik.  Tak silap ada beberapa buah filem yang shooting kat sini.
Kalau tempat dah menjadi tumpuan orang ramai, orang berniaga pun mesti ada bak kata pepatah di mana ada gula di situ ada semut.  So bolehlah pengunjung lepak-lepak sambil menikmati hidangan bertemankan keindahan cahaya neon, lagi pun memang takde aktiviti lain dah yang boleh dibuat di sini. 
Sekadar santai-santai di atas ini sambil menikmati hidangan.  Nak kata untuk nikmati cuaca sejuk puncak bukit, taklah cuma sedikit nyaman berbanding kita di bawah ini.
Kebanyakkan pengunjung yang datang rata-rata adalah golongan muda belia seperti kami...memang mereka ini semua masih muda belia, so saya ni ikut as a guided mereka je and tumpang semangkuk sama.  Kami pun tak lama kat sini hanya sempat menghabiskan segelas minuman bercoklat setiap seorang sebelum beransur pulang.
 
Sebelum balik, mesti nak interframe juga sebagai kenangan kami dah sampai sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment