Assalam...
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
2 genggam kacang buncis - potong
1 genggam taugeh
1 biji tomato - belah 4
Hati dan pedal ayam - hiris kecil
1 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis.
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah hingga layu, masukkan bawang putih dan hati bersama pedal ayam.
2. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air, tumis hingga pedal dan hati masak.
3. Masukkan kacang buncis. Biar sekejap baru masukkan taugeh dan tomato dan tutupkan api.
Wassalam..
Hujung minggu asyik ingat nak makan-makan jer, lebih-lebih lagi asyik ujan, cuaca sejuk2 begini perut cepat rasa lapar. Harapnya hujan yang turun beberapa hari dapat mengakhiri kemarau dan catuan bekalan air...perasaan gelisah dan stress itu rasanya on off seperti jadual bekalan catuan air. 2 hari ada air, 2 hari ceria gembira, 2 hari berikutnya tiada belakan, 2 hari itu jugakalah rasa stress datang. Ya Allah ini baru ujian kecil, semoga aku tergolong dikalangan mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanMu.
Bila bekalan air bercatu, kebanyakkan waktu kami memang makan di luar lagi pun makan malam selalu ringkas saja. Rasa syukur sangat sebab bekerja di tempat makan-makan jadi memang tak risau sangat bab tu, sebab di tempat kerja ada disediakan breakfast dan lunch. So masa malam itu mencari yang light & easy jer. Sekadar menikmati teh O bersama biskut pun dah mencukupi. Tapi mood ini tak boleh kira jugak, kalau dia datang dan ada permintaaan, tengah-tengah malam kelentang kelentung di dapur. Banyak-banyak bersabar ya wahai jiranku kerana kita berkongsi - dindingmu dindingku juah...
Tumis Bunci Taugeh bersama Hati AyamSumber: Mulia
Bahan-bahan
2 genggam kacang buncis - potong
1 genggam taugeh
1 biji tomato - belah 4
Hati dan pedal ayam - hiris kecil
1 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis.
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah hingga layu, masukkan bawang putih dan hati bersama pedal ayam.
2. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air, tumis hingga pedal dan hati masak.
3. Masukkan kacang buncis. Biar sekejap baru masukkan taugeh dan tomato dan tutupkan api.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment