Assalam..
Wassalam.
Perlu menghadiri 2 jemputan dalam masa yang sama, satu jiran sebelah rumah yang buat makan-makan sempena ulang tahun anaknya dan yang satu lagi jemputan kahwin di Subang Bestari. Kalau ikut hukum jiran tetangga wajib didahulukan....so kena anjakan sikit masa untuk pergi yang wedding itu. Bertandang ke rumah jiran dahulu...tersepit jugak kadang bila berlaku keadaan seperti ini. Dengan jiran inilah masa nak berkenal-kenalan, walaupun duduk berjiran tetapi jarang sangat bertemu masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
Sebenarnya wedding yang kami pergi ini adalah kenalan Chinise kami yang ada sangkut paut dengan tempat kerja. Ini jamuan yang diadakan untuk rakan-rakan muslim beliau, kerana sebelum ini sudah ada majlis makan-makan meraihkan mereka untuk kaum keluarga dan kenalan none muslim. Sebelum ini mereka selalu juga mengadakan majlis makan-makan ketika sambutan tahun baru cina, so majlis kali ini kira 2 in 1 lah. Majlis mereka ringkas saja tetamu yang datang dipersilakan makan dan mungkin akan ada sembang-sembang sedikit dengan tuan rumah atau pengantin itu sendiri, then lepas itu boleh balik. Tidak seperti majlis kenduri orang Melayu yang penuh adat istiadat yang akan menyebabkan tetamu menunggu acara selesai. Inilah pasangan pengantin baru itu Mr siew & Ms Yew.
Sebelum balik, rombongan cek kiah mesti nak tangkap gambar dengan pengantin jugak sebagai kenang-kenangan. Happy ending ever after..
No comments:
Post a Comment