Friday 14 March 2014

IPU 174 - Tidak Sihat di Petaling Jaya

Assalam...
Bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Petaling Jaya pada jam 12.00 tengah malam tadi adalah berada pada tahap tidak sihat iaitu 174.  Patutlah bahang dan kelabu asap jer sekeliling.  Ini gambar-gambar yang diambil lebih kurang jam 6.00 petang tadi dengan bacaan IPU 166.

Teropong ke plaza tol ini dah sehabis zoom dah, nampak bumbung plaza tol yang kurang jelas (Orang Sabah kata- pandanganku kabur-kabur bah). 

Bahang panas hingga ke dalam rumah menyebabkan badan cepat rasa melekit.  Nak mandi banyak kali pun kena fikir berkali-kali lebih-lebih lagi hari ini, hari bekalan air tiada untuk zon 1 (jadual bekalan fasa 2).  Bekalan yang ada cukup untuk menampung kegunaan hingga pagi esok.

Nak teropong KLCC atau KL Tower memang tak nampak ler.   
Wassalam.

No comments:

Post a Comment