Assalam...
Orang kata kalau nak bersholat tak perlu cerewet sangat untuk memilih telekung yang penting menutup aurat dan bersih. Memang betul, tetapi tidak salah jika kita inginkan sepasang telekung yang selesa di samping memenuhi ciri-ciri di atas. Pernah kah anda mengalami pengalaman bilamana anda tidak membawa telekung ketika dalam perjalanan dan terpaksa menggunakan telekung wakaf yang disediakan? fenomena seperti telekung yang kotor, kain yang jarang dan tidak selesa akan menganggu konsentrasi anda ketika sedang beribadah. Dengan koleksi terbaru telekung travel Siti Khadijah Denim Lace, In Sha Allah masalah anda dapat diatasi.
Bahagian muka dan kepala yang sangat bagus sebab pemakai tidak perlu memakai anak tudung. Ianya elastik dan melekap elok dibahagian muka serta dagu, jadi pengguna tidak perlu risau lagi dengan kejadiaan rambut yang akan terkeluar tidak akan berlaku. Material yang digunakan untuk bahagian muka juga daripada jenis yang lembut, dihiasi dengan renda tidak menyakitkan atau memberi keadaan yang tidak selesa ketika menggunakannya.
Warna ini sebenarnya adalah koleksi terbaru telekung Siti Khadijah yang direka khas untuk anda yang suka berjalan-jalan atau melancong tanpa menjejaskan ibadah sholat anda (telekung travel). Didatangkan dengan 2 warna iaitu biru tua (navy blue) dan hitam (black). Lebih lanjut lagi berkenaan produk Siti Khadijah boleh klik disini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment