Friday, 21 March 2014

Simple Lunch di Hari Jumaat...

Assalam..
Salam Jumaat yang penuh barakah, semoga kita sentiasa di lindungi oleh Allah Swt, dan sempana hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari serta dipenuhi keberkatan, marilah kita sama-sama panjatkan doa semoga pencarian pesawat MH370 dipermudahkan Allah Swt...amin.
Hari ini adalah hari bekerja, tapi ambil cuti sebab nak temankan en.Abe yang mendapat giliran bercuti hari ini.  Disebabkan ada agenda di petang hari, maka hanya dapat menyediakan makan tengah hari yang simple sebelum keluar rumah.   Ikan Masin Terubuk Sarawak Goreng, Tumis Air Cendawan Tiram, Nugget Ikan (lebihan sarapan pagi tadi) dan Sambal Itam Pahang.  Nak masak yang lebih sofistikated memang i tak pandai di tambah dengan belakan air yang tiada mengukuhkan lagi alasan kan....hehehe
Ikan masin terubuk ini adalah pemberian mak saudara en.Abe (moksu) yang balik dari Sarawak beberapa bulan lepas, tu dia baru hari ini terlaksana untuk memasaknya. Untuk memberi rasa balance dengan ikan masin, sayur cendawan masak tumis air air jer, dapatlah i slurrp kuahnya...seger gito lorr, ngomong rong jowo.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment