Assalam...
Sudah melebihi 25 jam kehilangan pesawat MAS MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan masih belum dapat dikesan sehingga ke saat ini. Mengikut analisa mereka yang pakar dalam bidang penerbangan, peristiwa ini agak misteri kerana sebuah pesawat yang canggih dan dikendalikan oleh juru terbang berkaliber boleh hilang begitu saja tanpa boleh dikesan oleh mana2 radar. Sedikit info berkenaan penerbangan MH370, berlepas pada 8/3/2014 jam 12.41 malam dari lapangan terbang KLIA, menuju ke Beijing China dengan membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 orang anak kapal dan dijangka sampai di Beijing jam 6.30 pagi waktu tempatan pada tarikh yang sama. Penumpang yang menaiki pesawat ini adalah daripada 14 buah negara berlainan termasuk Malaysia, China/Taiwan, Indonesia, Perancis, Rusia, Ukraine, India, Austria, Australia, USA, New Zeland, Belanda, Canada dan Itali.
Bila berlaku keadaan sebegini, satu yang perlu di ingat, bahawa sejauh mana pun kemampuan dan keupayaan kita menanggani masalah, terdapat satu kuasa yang lebih Agung yang mengawal semua ini berlaku iaitu ALLAH Swt...Teruskanlah berdoa dan jangan sesekali berhenti berharap kepadaNya, kerana sebaik mana perancangan manusia perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Hanya Dia yang mengetahui di manakah mereka, kerana kita semua dibawah kekuasaanNya..
Satu doa yang boleh diamalkan dan telah dikongsikan oleh Uztazah Siti Nor Bahiyah Mahmood..
Semoga petugas dan penyelamat yang kini bertungkus lumus, dipermudahkan urusan dan cepat diberikan petunjuk oleh Allah Swt tentang kedudukan sebenar MH370.
Hari ini Mulia hanya berdiam di rumah sambil mengikuti perkembangan peristiwa misteri kehilangan MH 370. Untuk breakfast hanya cekodok pisang dan teh o yang mampu dibuat. Di tambah dengan bekalan air yang terputus dan selebihnya memang sikap m****s, tidak mendorong untuk memasak hidangan yang gah-gah hari ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment