Tuesday, 4 March 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang @ Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzaM Shah

Assalam...
Sahabat baik Mulia telah mengirimkan gambar-gambar Jambatan kedua Pulau Pinang ini.  Gambar-gambar ini telah diambil beberapa hari sebelum acara perasmian oleh Perdana Menteri pada 1 March 2014.  Sekadar nak berkongsi moment indah sebagai warga yang pernah bermastautin lama di bumi Pulau Pinang.  Sebenarnya kami ada moment indah ketika acara perasmian  majlis pecah tanah yang dilakukan di Bukit Tambun oleh Tun Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Namun apabila telah berhijrah keluar dari Pulau Pinang, tentu saja Mulia tidak dapat ikut serta merasai moment ketika acara perasmiaannya baru-baru ini.  Teringat kenangan kami yang selalu lepak di persiaran Quenssbay di Bayan Lepas akan sentiasa memerhati kerja pembinaan jambatan sambil bertanya sendiri bilalah nak bersambung dan siap jambatan itu?  Rasa teruja dan tak sabar untuk melihat ianya direalisasikan dengan cepat, dan inilah hasilnya.  Juga ia menjadi kebanggan kerana berjaya disiapkan oleh syarikat kolongmerat negara iaitu UEM.  Mulia sebagai rakyat kecil memang terlalu berbangga dengan projek yang telah direalisasikan di depan mata ini dan berharap dapat juga melalui jambatan ini suatu hari nanti.  Kredit pada sahabat Mulia yang telah mengirimkan gambar-gambar ini (untung angpa jadi orang Penang)..






Wassalam..

No comments:

Post a Comment