Assalam...
Sabtu lepas sempat memenuhi jemputan untuk majlis kesyukuran sempena hari lahir ke 1 tahun di rumah sepupu en.Abe. Baby comel dalam gambar bernama Irdina Summayah tulah yang sambut birthday. Kira majlis sambutan ini 3 in 1, sebab anak, mak dan pak baby ini dilahirkan pada bulan yang sama bulan March, senang cerita sambut sekali kan.
Mereka cakap bukan nak sambut birthday beriya-iya pun, sekadar nak menjemput kawan-kawan, sedara-mara dan jiran tetangga yang berdekatan. Sebagai sessi suai kenal lah ni pada jiran tetangga dan perjumpaan pada kawan-kawan yang dah lama terpisah.
Petang tu en.Abe balik dah lewat, memang tak harap nak pergi sebab takut letih dan keesokkan hari dia kena kerja awal jugak....So I pun tak plan or sediakan apa-apa, takut kita beriya-iya tapi tak jadi pergi frust jer...Sesampai di rumah, disuruh siap kalau nak pergi....yahooo..en.Abe boleh bisik dia tengah lapar nie, kat sana ada makanan tak? off course lah abang, dah namanya tuan rumah ajak datang kenduri...mesti ada makan.
Kira memang langkah kanan sebab elok we all sampai jer, majlis pun bermula. So kami terus makan bersama tetamu lainnya. Menu disediakan mak Mertua dan adik beradik sepupu en.Abe sendiri antara menu utamanya Mee Kari, Bihun Singapore & Ayam bakar.
Pulut Kuning & Telur Dadar
Dessert kaunter yang menyediakan minuman, puding, tid bits dan sneks untuk kanak-kanak.
Pudding roti & vanilla sos, pemberian oleh jiran tuan rumah.
Jelly yang ini I tak tahu namanya, dalam kuah susu tu ada jelly dan hirisan buah epal.
Mereka inilah birthday boy and gegirlnya...happy Birthday both of you and God will blessed you..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment