Assalam...
Persinggahan kedua adalah Pulau Singa Besar. Sebenarnya penumpang tak turun pun dari bot, bot hanya berlabuh sekejap di kawasan teluk untuk penumpang menyaksikan kehadiran burung helang mendapatkan habuan masing-masing. Mula-mula heran jugak nak buat apelah kat sini, sebab masa bot kami sampai, tiada sebarang bot dan burung helang masih belum menampakkan diri di situ.
Sebenarnya saya sedikit cuak serta rasa takut dengan menaiki bot laju ini dengan keadaan ombak yang kuat. Keadaan sepanjang perjalanan menaiki bot laju tidak membenarkan untuk mengambil gambar kerana bot kadang-kadang melambung ditambah mata yang pedih dan badan basah terkena percikan air laut.
Saya hanya memejam mata sepanjang perjalanan dan hanya mendengar teriakan diikuti bunyi ketawa penumpang lain ketika bot melambung kerana terlanggar gulungan ombak besar.
Peringatan ketika berada di atas air agar sentiasa mengawal diri supaya tidak melatah ketika keadaan cemas berlaku. Disebabkan duduk dibahagian paling belakang dan hampir dengan pemandu, dalam keadaan cemas boleh pula I berangan jika sekiranya datang angin melatah, I boleh terpegang stereng kemudi bot dan memusing kearah yang berlawanan....hehehe
Burung-burung yang mendiami pokok-pokok di kawasan pantai seakan mengerti bunyi engin bot laju yang menghampiri teluk, ini kerana setiap pemandu bot rupa-rupanya telah membawakan makan untuk burung-burung tersebut berupa perut dan lemak ayam.
Suatu pemandangan yang menakjubkan apabila kawanan burung helang berlumba-lumba menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan habuan yang ditabur oleh pemandu bot tadi.
Gerakan yang terlalu pantas mengcekam habuan yang dilemparkan oleh bot-bot pengunjung.
Semakin banyak bot yang memasuki teluk Pulau Singa Besar, semakin rancak sang helang menunjukkan diri. Terbang sang helang terbang, mengibarkan sayapmu...boleh ternyanyi lagu Kak Pah bila keadaan teruja seperti ini...
I hanya boleh kenal pasti 2 jenis spesis burung helang di sini berdasarkan warna bulunya. Satu yang berwarna putih kelabu dan satu lagi berwarna perang.
Suatu ketika dahulu terdapat resort yang menawarkan penginapan untuk pelancong yang hendak bermalam di Pulau Singa Besar. Namun kini tiada lagi setelah pihak berwajib ingin mengekalkan keaslian alam semulajadinya dan untuk menempatkan pelbagai jenis hidupan liar seperti kancil, monyet, iguana dan pelbagai spesis burung yang dibiarkan hidup bebas.
Sebenarnya mata terlalu terpukau @ ralit melihat kawanan sang helang yang menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan habuan mereka sehingga tak tertekan camera untuk mengambil gambar.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment