Sunday 2 March 2014

Airasia Travel Fair 2014 @ Paradigm Mall

Assalam...
Semalam Mulia sempatkan diri berkunjung ke sini, kami pergi berdua sebab nak register for Big Card.  Ala-ala macam Matta Fair tapi tak semeriah gitulah tak banyak travel agent yang ikut serta.  Yang meriah sangat kat sini sebab dibuat di dalam shopping kompleks...so memang sentiasa ramai orang.  Tujuan untuk register tu yang menyebabkan kami tertinjau-tinjau semua booth hingga ketingkat atas kerana booth yang ambil bahagian di merata tempat ruang legar Paradigm Mall.

Kami samapi ke tingkat paling atas, hingga bertemu dengan promoter yang promote to sign up for credit card.  Banyak kali menolak tak nak register, tapi akur jugak setelah diasak banyak kali.  Memang kurang daya tahan pasal benda-benda seperti ini.  Register then dapat beg as gift, pastu ada cabutan bertuah pulak.

Cabut jerlah dan tak mengharap apa-apa pun, dalam hati pun agak2 dapat benda like tipuware jer kot..hehehe.  Mula-mula tangan terpegang 2 kertas, then Mulia bagi balik satu pada orang tu.  So tinggal satu jer then terus buka dapatlah yang ini..1 return ticket to CHENNAI..biar betul..promoter itu cakap betul lah, it's a free for one..

Kawan Mula pula nak kata sengal iye gak lambat pick up ada gak..(sesedap rasa mengata...maaf ye Ann)...walaupun dia yang ambik gambar ini, boleh dia terbaca dapat tiket wayang free.  Chennai tu dibacanya as a cinema...sabar jelah...Bila dah kuar dari tempat itu, baru dia excited terlebih orang yang dapat free ini.

Sebelum bergerak pulang kami singgah sini untuk menghilangkan dahaga..memang kami suka tempat ini.  Lepas itu Mulia jadi pendengar setia dia  nie bercita-cita nak buka kedai buah & jus seperti MBG ini....In Sha Allah one fine day. Amin.
Wassalam

No comments:

Post a Comment