Assalam...
Walaupun hujung minggu tak bercadang nak masak bagai nak rak sebab dah ada juadah berbuka dari jiran-jiran. Hanya sediakan mee goreng sekuali, tapi kami makan sepinggan berdua jer, sebahagian besar nak balas pemberian jiran.
Puding karemel dari jiran sebelah kiri, nyaman diterima oleh tekak, sedap dan tak manis sangat.
Laksa ini pula pemberian jiran disebelah kanan, memang mewah betul rezeki hari ini. Semoga jiran-jiran kami ini dimurahkan rezeki dan diredhai Allah SWT.
Selepas menghantar mee goreng, jiran kami balas pula dengan biskut raya. Jangan marah yek, saya dah raya dulu dengan cookies dari jiran ini. Sedap sangat tart dan florentine tu. Tunggu hasil dari air tangan sendiri entah bila nak sampai, masih tengah berkira-kira, kira mai tolak pi. Lagi pun saya nie ada satu macam penyakit sikit, buatan sendiri tak suka nak makan, lebih suka yang orang lain buat. Kuih raya orang biar hudo atau tak sedap, tapi sedap jer kat tekak saya...hadoiii lah... Camer tu....asyiklah menunggu kot-kot ada orang nak kirim kuih raya, tapi hampeh sebab mereka semua mengharapkan dari air tanganku....
Wassalam.
No comments:
Post a Comment