Friday, 4 July 2014

Akhirnya, Ke Bazaar Ramadhan Jugak..

Assalam...
Hahaha, en.Abe gelak sakan dalam kereta sebab katanya hari ini nak kenakan saya.   Tak boleh tidak kena ikut jugak, ke bazaar ramadhan perintahnya, cam suspen jer ingatkan ape hal tadi.  Dah dia yang pegang stereng ikut ajelah ke mana kereta itu dipandunya.
Bazaar ramadhan Kelana Jaya yang dituju. Sebenarnya hari pertama lagi en.Abe dah ajak ke bazaar ramadhan, siap merajuk sebab saya berkeras tak nak pergi.  Alasan utama tak nak pergi sebab tak nak spoil mood baik saya nak menempuh traffic jam.  Pengalaman tahun2 lepas, sungkai dalam kereta sebab sangkut dalam jem nak balik rumah yang jauhnye sepelaung jer.
Katanya bukan nak beli sangat, tapi nak merasa kemeriahannya dan dalam masa yang sama boleh tolong-tolong orang kita yang meniaga.  Iyelah tu dalam masa yang sama kita menambah kesesakan kan.  Erm membebel plak posa2 ini..
Ada anugerah peniaga bazaar ramadhan lagi, memang bistari pihak MBPJ ini.
Gerai yang menjual lauk pauk kampung, bersih dan kemas.
Display senarai menu dan harga makanan yang unik.
Ni snap sebab nak contoh dapur yang digunakan, pandai orang yang design ini nampak bersih dan selamat.
Dan inilah hasil belian kami untuk sungkai hari ke-5, Nasi Ambeng Warisan, ada 2 3 gerai yang menjual nasi ini.  Portion besar, kami makan berjemaah pun kekenyangan.  Rasa semua cukup, sedap tambah-tambah pecalnya, puas hati dengan harga RM8.00.
Pilihan en.Abe, nasi lemak telur mata RM3.00, dia makan sorang2 untuk sahur sebab saya dah tak lalu nasi pagi-pagi.
Pulut panggang, inti serunding ikan 4 biji RM2.00.  Sedap yang ini, gerai yang jaul sebelah gerai air yang mula2.
Parota, nak rasa sebab macam baru jumpa benda ini.  Lain kali takyah lah, rasanya kureng mahal jer lebih RM5.00 dua ketul tu.  Sapa2 yang rajin tu boleh jer buat sendiri, sandwich ayam balut dengan kulip popiah then salut dengan bread crumb, goreng. 
Lemon Blue katanya...rasa air limau nipis yang ditambah pewarna.  Sebab orang tu minat sangat dengan warna biru beli bungkus kecil je RM2.00.
Fruits of the day....rambutan yang dah kecut, masa baru sampai nampak rambutannya segar-segar. Jalanlah dulu, nak balik baru beli sebab malas nak usung, then tinggal yang ini jer...takpe rezeki gak tu selonggok RM5.00.  Yang tak syoknya lepas tu batuk kuang-kuang, ganggu jemaah lain solat teraweh.
Ongkos menu untuk sungkai pada hari ke-5 kami sebanyak RM25.00 sahaja.  Oklah tu kan.  Kalau nafsu berbelanja boleh kontrol macam ini selalu kan bagus. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment