Monday, 14 July 2014

Chilled Honeydew Sago

Assalam...
Saya suka bila menghadiri jamuan makan ala chinese yang ada dihidangkan Chilled Honeydew Sago sebagai dessert.  Nyaman jer masuk ke tekak.  Sebab suka sangat itu yang saya sibuk meriki-riki cara menyediakannya daripada seseorang.  Sebenarnya ada banyak version buat dessert ini.  Ada yang buat hanya menggunakan santan tak letak susu segar, ada yang combined keduanya, ada yang hanya guna ice cream tak guna jus honeydew, macam-macam lagi.  Saya sharekan yang tekak saya paling suka.  Rasa susu segar dan santan yang dominan saya tak berapa minat lebih-lebih lagi santan kotak, jadi saya tukar guna susu cair, namun tetap saja saya letakkan sedikit santan.
Blend lebihan honeydew untuk buat jus
Chilled Honeydew Sago
Sumber: Vijaya

Bahan-bahan
1/2 biji honeydew
1 cawan gula masak untuk dapatkan sirap
1/2 cawan santan segar.
1 cawan sago yang telah dimasak
1 cawan susu segar atau susu cair
Ice Cream vanilla / honeydew - optional
Ais

Cara Penyediaan
1. Bulatkan honeydew menggunakan melon scoop, lebihannya blend untuk mendapat air honeydew.
2. Campurkan air honeydew dengan sirap, dan bebola honeydew dan sejukkan.
3. Untuk menghidang - campurkan sago kedalam air honeydew, susu, ais dan santan.  Kalau tak suka susu boleh gantikan dengan santan saja atau sebaliknya.  Saya guna susu cair sebab tak berapa minat guna santan dan fresh milk.  
4. Sila adjust tahap kemanisan yang anda kehendaki.  Boleh letakkan satu scoop ice cream perasa vanila atau honeydew untuk lebih sedap. 
5. Cara yang lain, kalau rasa malas nak buat jus honeydew boleh guna ice cream honeydew saja dan campurkan bersama bebola honeydew, susu, santan dan ice.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment