Monday, 14 July 2014

Remme' Terung (Terung Bakar Style Bugis)

Assalam...
Ini antara menu kampung yang boleh membangkitkan selera orang kampung seperti saya pada bila-bila masa, tak kiranya time bulan posa atau tidak.  Bagi saya kalau dapat terung bakar (remme' terung) ini dah cukup tak perlu lauk lain untuk makan bertambah.  Entahlah kenapa memang suka sangat sayur ini dari kecik sampai lah, mengikut orang tua-tua terdekat cerita saya masa kecil dulu tak nak makan kalau takde ikan.  Jadi Mak & arwah nenek selalu sediakan terung ini untuk memujuk saya makan dan mengatakan bahawa mereka dah sediakan ikan bakar untuk saya.  Lepas makan saya akan sibuk cerita kat makcik-makcik ini yang saya dah makan ikan besar, begitu naif kan senang jer kena tipu pasal makan.  
Sebagai rujukan untuk mempelbagaikan menu terung selain yang selalu kita buat goreng, masak lemak atau rebus untuk ulam, bolehlah try buat yang ini. 
Remme' Terung (Terung Bakar Style Bugis)
Sumber: Soda

Bahan- Bahan
3 biji terung panjang (hijau or purple semua boleh)
- Belahkan buah terung memanjang tapi jangan sampai putus.  Letak sedikit garam antara belahan dan bakar.

Bahan Rencah
2 biji tomato
1 biji cili merah
10 cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
3 biji bawang merah
3 bijibawang putih
3 biji buah keras
sedikit belacan
garam dan perasa 
- Bakar semua bahan kecuali garam.  Tumbuk lumat dan lumurkan atas terung yang siap di bakar.
Sambal ini kalau tak buat untuk terung tu boleh jugak dimakan dengan nasi.  Untuk menambah kesedapannya masukkan isi ikan goreng atau ikan masak dan daun kemangi.
Beginilah hasil air tangan yang saya buat, memang berbeza dengan yang original kan...tapi not bad lah rasanya tetap ada.
Ini rupa terung bakar yang saya makan di Polman hari itu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment