Assalamm...
Untuk yang selalu keliru macam saya, marilah belajar istilah-istilah PKP. Sebenarnya tak ambil tahu sangat apa istilah yang digunapakai tu sekarang, yang saya ingat PKP saja istilah mula-mula yang saya tahu, Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam PKP tu pula banyak lagi pecahan dan istilah yang digunapakai, PKPB, PKPD, PKPDB. Sekarang seluruh negara masih dalam tempoh yang di sebut sebagai PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang bermula sejak 1 September hingga 31 Disember 2020.
Bermula tengah malam tadi seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diletakkan di dalam PKPB (Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat) selama 2 minggu bermula 14hb hingga 27hb Oktober 2020 akibat peningkatan kes baru covid-19 di beberapa daerah terutama Klang dan Petaling. Klang memang dah start PKPB sejak hari jumaat lepas. Tempat saya ini memang sudah berada dalam zon merah dan hanya bersebelahan dengan blok bangunan yang diletakkan dibawah PKPD. Rujuk gambar untuk sedikit penerangan berkenaan dengan istilah dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika dalam PKPB, nak lebih terperinci kena dapatkan manual yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
I hope everyone follow the rules
ReplyDeleteHope soo and be patience at home.
DeleteBanyakk betul istilah sub dia kan jadi mudah keliru. elok stay at home sahaja.
ReplyDeleteTulah saya yang memang dah tak bekerja tak payah banyak soal, duduk rumah saja.
DeleteMoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari wabak ni. Kalau PKPD tu ketat kawalannya, tak boleh keluar langsung. Mohon dijauhkan.
ReplyDeleteTulah PH, blok sebelah kami memang dikawal selia oleh polis dan askar.
Delete