Thursday, 22 October 2020

Fly To KB, Nok Gi Make Gula


Assalamm...
Pertama kali travel naik kapal terbang ketika musim pandemik, tak pergi jauh pun hanya ke Kota Bahru untuk menghadiri ke majlis kesyukuran (sanding) sepupu en.suami.  Kita sebagai wakil lah kan sebab sepupu sendiri tak dapat hadir.  Mulanya diorang cadangkan saya balik ke Pahang dulu, dari sana nanti gerak dengan adik dan mak mertua tapi macam malas nak transit banyak kali lagi pun balik dari KB nanti nak singgah Pahang juga.  Terfikir ada voucher Airasia sebab tukar penerbangan yang tak jadi ketika bulan mac dan june hari tu, eloklah kita guna dan fly pada hari kenduri ke sana.
Kita ke KLIA2 dinihari walaupun penerbangan jam 7.35 pagi.  Suami hantar ke KLIA 2 tengah malam sebab dia kerja shift pagi hari tu.  Sampai kat sana, mak ai gelap, lengang dan sunyi, jalan seorang-seorang dalam bangunan waktu dinihari macam tu takut-takut juga.  Tawakal saja moga di dalam nanti jumpa ramai manusia.  Sebelum covid-19 kawasan ini macam tak pernah tidur, ramai jer manusia, kedai-kedai pun buka 24 jam.  Di dalam pun begitu juga, tak ramai orang mungkin masih terlalu awal.
Jadual penerbangan pun lebih kurang banyak ini saja.  Dulu kalau nak cari penerbangan kita selang sejam tu pun jenuh sebab berderet-deret destinasi lain.  Hanya pernerbangan domestik semenanjung Sabah dan Sarawak, tapi nampak ada juga dua pernebangan ke Indonesia.  Semasa balik Sandakan hari tu, tercegang ketika pegawai dikaunter meminta dokumen kebenaran perjalanan dan keputusan ujian test covid-19.  Saya bagitahu saya hanya nak balik Sandakan untuk mengundi dan tidak tahu dokumen itu perlukan.  Rupanya pertugas tu tersilap, dia ingatkan saya nak terbang ke luar negara.  Mereka yang nak terbang ke luar negara perlu mengemukakan dokumen-dokumen itu semua, kalau tidak jangan harap suka-suka nak ke luar, musim pendemik ini.   
Jam masih awal ketika itu lebih kurang jam 2 pagi, boading pass dan segalanya dah siap tinggal nak masuk saja.  Sementara menunggu jam 5 pagi, nak rehat-rehat dalam surau nak betulkan urat konon-kononnya.  Dalam surau ada hanya 3 orang sedang tidur, daripada baju mereka dah tahu petugas airport.  Jam-jam sebegini selalu surau ini penuh dengan penumpang yang menunggu penerbangan, nak duduk pun tiada ruang.
Ini nak menuju ke gate dan balai berlepas, kawasan kedai-kedai bebas cukai masih tutup.
Jalan slow-slow lah cari gate sambil itu intai kedudukan surau untuk subuh nanti.  Nasib surau dan gate penerbangan dekat saja, sebelum subuh dah beratur masuk surau sebab limit kepada 6 orang saja dibenarkan.  Dapat masuk tu buat apa yang patut dengan segera untuk pastikan orang lain juga dapat tunaikan kewajipan mereka.
Penjarakan sosial ketika masuk ke balai berlepas, termasuklah di tempat duduk ketika menunggu di dalam balai berlepas.
Mungkin sudah lama tak naik flight jadi baru tahu yang pentingnya kita buat web check-in dan dapatkan boarding pass barcode sebelum ke airport.  Dulu kita masih boleh check-in guna nombor booking, sekarang mesin-mesin di sana dah diprogram lain untuk penerbangan Airasia termasuk di lapangan terbang lain.  Hanya perlu  scan barcode boarding pass yang kita dah buat web check-in untuk print boarding pass dan tag bagasi jika ada.  Tak perlu print macam dulu kemudian petugas akan koyakkan ketika di balai berlepas, sekarang mereka dah tak sentuh boarding pass kita sebaliknya mereka scan, langkah untuk mengurangkan sentuhan fizikal.
Dalam penerbangan pula, duduk macam biasa mengikut seat yang mereka tetapkan atau yang kita beli.  Tak nampak pula satu baris tu dihadkan kepada seorang atau 2 orang penumpang.  Cuma ketika kita nak keluar daripada kapal terbang, tak dibenarkan macam selalu.  Selalu kapal landing saja penumpang dah berebut-rebut berdiri nak ambil beg atau penuhkan lorong.  Hanya dibenarkan 3 barisan pertama yang berdiri dan keluar terlebuh dahulu.  Selesai 3 baris pertama, diikuti 3 baris di belakang hingga lah selesai semua.
Sampai di airport KB pun sama keadaannya lengang juga.  Hanya penumpang daripada penerbangan yang sama dengan kita tadi.  Sampai KB masa tu dah jam 8.30 pagi, kedai dalam airport yang buka hanya satu kedai yang jual makanan, yang lain masih tutup atau tak beroperasi terus tak tahu lah.
Majlis kenduri tu di Tumpat, start tengahari dan pengantin datang selepas zohor.  Sementara menunggu waktu tu mak bawa kami singgah rumah adik beradik dia yang lain, singgah PCB, singgah pasar siti Khadijah.  Mereka dah sampai sini semalam, sempat gathering dengan adik beradik dan anak-anak saudara makan maggi telur sotong yang di sponsor oleh ayah ngah dan bershopping ke Pengkalan Kubor.
Jom lah ke tujuan sebenar kita gi Klate sebak nok gi make gula.  Bukan pergi buat gula ye, tapi pergi makan gulai (makan kenuri-orang utara / kenduri kahwen).  Meraihkan majlis anak Mok Nik (Faizuddin dengan pasangan), kali ini tak buat di rumah seperti kenduri-kenduri sebelumnya bagi adik beradik masak.  Tapi diadakan di Rumah Tamu Kastam, pekan Tumpat dan menggunakan khidmat katering saja.  Teringat-ingat apam balik di majlis tu sangat sedap, nyesal tapau sikit makan dalam perjalanan balik Pahang.
Teringat post anak buah (bagus orang kelantan kenduri tak perlu basuh pinggan).  Dia yang pertama kali pergi Kelantan menghadiri kenduri kahwen kawan dia rasa kagum.  Faham sajalah di kampung kami kalau kenduri 3 hari 3 malam, 3 hari 3 malam juga lah basuh pinggan tak sudah, itupun kerja basuh membasuh boleh lebih panjang extand selama 2 hari lagi untuk selesaikan basuh periuk belanga dan proses memulangkan perkakas jika ada yang dipinjam.
Selamat pengantin baru Faizuddin dan pasangan, maaf lah Mok Nik tak boleh nak berlama-lama kena beransur ketika kemuncak majlis dan ramai tetamu datang.  Ambil gambar pun tak sempat dengan pengantin dan keluarga.
Dalam perjalanan balik memang lah jem, sebab masa tu ada cuti apa tak ingat.  Nak melepasi kawasan bandar pun makan masa, kematu duduk lama-lama dalam kereta.  Singgah beli etok panggang, maju sekarang etok pun dah ada yang pelbagai perasa dan harga pun boleh tahan, kami beli perasa original, bbq dan tomyam.
Alhamdulillah selamat sampai kampung sekitar jam 10 malam, setelah menempuh perjalanan panjang lebih kurang 7 jam dengan jarak 340km.
Wassalam.

7 comments:

  1. Jauh perjalanan mesti memenatkan. Tapi hilang penat bila dah jalan jalan dan makan makanan kenduri sedap². Dia akan bersambung penat bila balik rumah nanti. Hihi..

    Bagus juga kan idea alas brown paper tu. Pratikal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah tak muda memang cepat letih dalam perjalanan jauh...
      Kedai2 makan di lembah klang yang original kelantan pun ada juga yang guna konsep gini, guna brown paper.

      Delete
  2. Tak sangka pula ada direct flight ke Sandakan dari KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada, tu yang kami pun dah lama tak singgah jalan2 di KK... dulu semua kena transit kadang sambung perjalanan naik bas ke Sandakan.

      Delete
  3. Sunyi betul airport, dulu meriah. Gula tu gulai rupanya. Haha. Dok fikir gak nak gi kedai gula ke kat kota bharu nu

    ReplyDelete
  4. baca tajuk td ingat gula melaka ka apakah rupanya gulai hehhehe
    mesti penat kann

    ReplyDelete
  5. rindu nak naik kapal terbang.. ada plan nak ke Langkawi / Pantai Timur tapi mak tamau pula.. cancel plan. sunyi betoi nampak airport..

    ReplyDelete