Monday, 19 October 2020

Lao Mandre: Nippon Sushi dan Selera Sushi

Assalamm...
Masa ini, kebenaran baru dikeluarkan yang kita sudah dibolehkan keluar makan di restoran tetapi harus mematuhi SOP dan duduk berdua saja.  Pagi itu selepas menghantar barang pesanan orang, saya ajak anak buah singgah makan terlebih dahulu sebelum balik rumah.  Tersebutlah nak makan sushi, selalu yang jadi peneman, budak comel di tempat kerja, masa tu dia masih stuck di Johor tak boleh balik PJ.  Kebetulan anak buah, yang selama ini saya fikir kekampungan hanya suka makan sayur kelor dan pucuk ubi sudah bertukar selera gemar makan sushi.  OK sekarang sudah ada geng, ajomm kita ke Nippon Sushi.
Resto ini agak baru juga di Kelana Jaya, selalu kami makan sushi di dalam Giant KJ tapi resto tu macam dah tutup.  Rangkaian resto sushi ini katanya dimiliki oleh orang melayu yang pernah menetap di Jepun dan sudah tentu soal halal haram tak diragukan.
Pilihan sushi atas conveyor tu macam limited sikit, kebanyakkannya hanya pilihan maki dan telur sahaja.  Mungkin sebab baru beberapa hari mulakan bisnes semula, belum rancak lagi seperti hari-hari biasa.
Kami mencuba mochi, kurang lembut anak buah kata.  Wah dia dah advance buat food review gitu.
Minuman yang saya pilih adalah hot green tea manakala anak buah minta yang ais.  Hot green tea memang free flow tapi, bila minuman dalam gelas kita dah habis kena panggil waiter dia untuk tambah.  Tak ramai orang boleh lah dapat cepat.
Pilihan anak buah yang ini.
Saya tambah orderkan set grill salmon ini untuk dia, mana nak kenyang makan udang tu saja.
Dalam video yang diambil bergerak-gerak benda putih yang ditabur atas mee tu, nasib tak terbayangkan ulat jadi licin saja masuk mulut.
Pilihan anak buah sushi udang tak tahu nama tu, sedap juga.  Tapi saya suka ramen tu dengan sup miso, ada flake bergerak-gerak macam benda hidup atas kuah mee.
Selera nak makan sushi tak berakhir di situ, suatu petang pergi Aeon OU dengan ipar, yang pasti bukan dalam masa terdekat ya ini sebelum cerita OU di tutup kepada pengunjung.  Rupanya dia pun teringin nak mencuba makan sushi.  Belilah satu bekas ini dan makan di situ juga sebelum balik rumah.  Datang OU sebab ada urusan bukan nak bershopping, temankan adik selesaikan urusan dia.
Sekarang dah dikenal pasti orang-orang yang boleh di ajak jadi peneman untuk makan sushi.  Kalu ajak en.suami memang tak lah, kalau ajak pergi mamak memang laju dia nak makan kari.
Wassalam.

11 comments:

  1. Yang bergerak-gerak di maksud kan tu adakah flake ikan hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye flake ikan, adakah orang tu cakap habuk papan....:)

      Delete
  2. wahhh kita tak pernah jumpa mochi atas sushi belt! mungkin sebab tak pernah makan sushi resto lain selain sushi king..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time juga jumpa, samalah selama ini makan di sushi king saja.

      Delete
  3. Bagusnya kalau dah tahu empunya restoran tu. Memang halalan toiyyiban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kami nak try kak, lagi pun dekat saja dari tempat kami.

      Delete
  4. wahhh geng makanan jepun ye kak... dana suka jugak layan sushi tapi takde geng lah, edy memang tak lah nak ke kedai macamni... semua tak selera katanya heheehhe...
    dana suka beli sushi dalam packed macam yang gambar bawah tu.... tapi kalau yg itu edy laju lak makan.. cuma dia pilih-pilih jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm tulah lelaki yg kami jumpa ramai tak suka sushi..

      Delete
  5. Ajaklah saya, saya pun suka makan sushi. Grilled salmon tu pun saya suka. Lama tak makan

    ReplyDelete