Monday 10 August 2020

Pulut Kuning Untuk EC

Assalamm...
Pulut kuning bukan saya buat, tak pandai pun buat pulut kuning nie.  Selalu ada beberapa staff production yang ditugaskan untuk membuat kerja-kerja ini, kebetulan mereka semua bercuti mengikut rotation semasa PKP.  Tiba-tiba dengar orang petik nama saya minta datang ke dapur untuk buat deco atas pulut kuning tu, erm terkedu sekejap, mana lah saya pernah buat kerja-kerja ini semua.  Pulut untuk EC yang sambut birthday hari tu, ish time-time macam ini juga dia nak sambut birthday.

Tulisan 'Happy Birthday" tu recycle entah siapa punya mereka simpan.  Hentam saja lah labu, tiada rotan akar pun berguna, serunding yang ditabur atas pulut kuning tu pun entah yang bila punya, tapi sempatlah kami rasa dulu sebelum tabur atas tu.  Selesai tugas sampai situ saja, serah kat staff depan fikir macamana nak cari kotak yang sesuai dan hantar ke rumah EC.


Tengok lah hasil mengarah orang buat bunga dan tolong cucuk sana sini dapatlah hasil begitu.  Mau pengsan mereka yang selalu buat tu tengok hasil kerja kami, semua yang ada hari tu pun jenis yang tak pandai carving.  Yang bos nie pun tiba-tiba suruh buat, nak kipas ler tu.  Deko apa pun tiada, hanya bahan-bahan itu yang kami jumpa hasil mencari harta karun dalam chiller.

Kenangan bersama team bekerja semasa PKP dan itulah hari terakhir saya hadir di tempat kerja sebelum bercuti panjang lagi mengikut rotation dan selepasnya terpilih mendapat cuti beberapa bulan tanpa gaji.  Selepas ini semua tinggal kenangan, yang lain pun ramai yang membawa haluan masing-masing semoga sektor f&b boleh bangkit dan gemilang semula.
Wassalam.

4 comments:

  1. Ok je tu, saya bagi A untuk hiasan hehe

    ReplyDelete
  2. Maka terserlahlah bakat terpendam menghias pulut kuning. Dengan kombinasi pelbagai warna, nampak berseri pula!

    ReplyDelete
  3. creative sungguh lah.. sayang nak makan kan.

    ReplyDelete