Thursday, 6 August 2020

Pemeriksaan Kenderaan di Puspakom Untuk dapatkan Cukai jalan dan Insurans


Assalamm....
Ini cerita en.abe dapat semula motornya selepas 5 tahun menghilang.  Orang kata dah rezeki tak ke mana, walaupun dah lebih 5 tahun dan tuan punya motor sendiri dah lupa akan benda tu, tetap kembali semula pada dia.  Konon-konon masa hilang tu dah redho bukan rezeki dia.  Ingat lagi kisah 5 tahun lepas masa tu dekat tengahari dia nak pergi kerja, call saya tanya dia letak motor kat mana sebab dia dah pusing keliling bangunan tak jumpa motor yang parkir di belakang bangunan seperti selalu.  Ini sah dah kena curi, memang tengah hot kes kecurian motorsikal masa tu di tempat kami.  Kisah sedih motor hilang berlalu pergi ditelan masa dan telah dapat pengganti yang baru pun.  Tapi satu call dari polis dapat merubah redho tu jadi meroyan nak pergi cari motor tu, konon banyak kenangan lah apa lah, erm lantak lah ko labu.  Sempat protes bila saya cadangkan wakafkan saja motor tu bila nak buat make over nanti, hahaha.  


Sebab motor dah lama tiada insurans dan cukai jalan, sebelum nak hidupkan semula 2 benda tu kena lah bawa untuk pemeriksaan puspakom dulu.  Nak buat pemeriksaan di Puspakom sekarang semua kena buat online, walk in tak dilayan ya.  Jadi sebelum pergi sehari atau beberapa hari sila lah buat tempahan tarikh, masa, cawangan puspakom terdekat berserta bayaran sekali.  Lepas buat bayaran online akan dapat email resit bayaran, detail tempahan pemeriksaan berserta barcode.  Simpan yang tu dan bawa bersama ketika hari pemeriksaan.  Email reminder pun dapat untuk ingatkan hari pemeriksaan, jadi rajin-rajin lah tengok email.  Nasib baik selalu buat benda ini untuk kerja, jadi tau juga lah sikit-sikit.  Baru tahu juga yang ada cawangan pemeriksaan yang dekat iaitu PJ city, sebab sebelum ini selalu pilih Padang Jawa, ke driver tempat kerja tu suka pergi tempat yang jauh?.


Ini lah motor yang telah di make over kembali, mahal juga kos nak make over tu.  Ingatkan dah redho tak payah ambil dah motor yang tinggal rangka tu, tapi masa polis call kata motor dah jumpa dan boleh ambil, tak sabar tuan dia nak sangat-sangat pergi masa tu juga.  Mula-mula polis call bapak saudara sebab nama pemilik masih nama beliau, belum sempat tukar nama dah hilang.  Bapak saudara pula masa tu tengah stress masa tu sebab isteri sakit, ingatkan call dari scammer, memang tak layan lah, siap kena tempelak lagi.  Procedure untuk motor hilang bila dijumpai polis akan inform sama ada nak tuntut atau bagi green light untuk mereka musnahkan.

En.abe nak tengok dulu, klau ok dia nak ambil kalau teruk sangat nak let go saja.  Beberapa kali juga ulang-alik ke balai polis jumpa pegawai penyiasat untuk dapatkan released letter sebab motor tak di simpan di balai polis tapi di depo simpanan di tempat lain.  Sebenarnya motor tu dijumpai oleh polis setahun selepas report hilang, ambil masa yang begitu lama untuk dipulangkan kepada pemilik kerana perlu diselesaikan semua kes yang bersangkutan, lebih-lebih lagi jika motor digunakan oleh si pencuri untuk tujuan melakukan jenayah.  Sebab itu pentingnya buat laporan polis apabila berlaku sebarag kecurian kenderaan.


Kenderaan berat yang menderu berlumba-lumba nak beratur paling awal sebaik saja guard membuka pintu pagar tadi.  Motor tak perlu beratur macam lori, terus saja ke lorong / tempat yang dikhaskan di kaunter pendaftaran.

Saya tak ikutlah beratur tempat nak periksa motor tu, pakcik guard kat situ tunjukkan satu bilik dan dia minta saya tunggu di situ.  Bilik tu menempatkan kaunter keputusan hasil pemeriksaan kenderaan.  Dalam sini boleh lah monitor setiap kenderaan di stage mana dalam proses pemeriksaan tersebut.  Lagi satu ada aircond jadi selesa sangat menunggu di situ.


Masa yang diambil untuk diperiksa tak lah lama sangat.  Mungkin sebab motor kan, tak macam lori kena periksa asap, body, lampu signal selain no chasis kenderaan dan sebagainya. 

Tak lama lepas tu en.abe muncul dalam bilik tu untuk dapatkan slip pengesahan lulus pemeriksaaan puspakom.  Settled satu perkara dan selepas ini boleh lah proceed untuk tukar nama, dapatkan insurans dan hidupkan cukai jalan.  Tapi sampai entri ini di tulis belum boleh nak buat tu semua sebab masih ada hal yang sangkut di balai polis, alahai kesian pak teh yang dah beratur panjang di JPJ nak tumb print tukar nama.
Wassalam.

1 comment: