Tuesday, 30 August 2022

Sayur Bening Buah Kelor

 
Assalamm...
Sayur bening? apa tu maksud bening?, ada orang tak tahu dan kurang tahu term kata bening tu, tetapi lebih kenal dengan sayur air.  Sayur air selalu orang letakkan hirisan bawang, tetapi sayur bening semata-mata air dan garam.  Kelor pun ramai yang tak kenal, tapi kalau cakap ramunggai atau moringga mesti ramai kenal kan.  Baru-baru ini ramai sangat yang mencari, sana sini nak tanam sebab tahu moringga tu antara superfood yang banyak khasiat untuk tubuh badan dan boleh menolong mencegah penyakit kronik.
 
 
Kali ini sayur bening diletakkan buah keras yang dilumatkan untuk menambahkan rasa lemak pada kuah sayur.  Tips daripada penggemar sayur daun kelor dan buah kelor, katanya pokok yang mengeluarkan buah, daunnya agak keras dan kasar jika dibuat sayur.  Seeloknya untuk sayur daun guna pokok yang hanya menghasilkan daun sahaja.  Satu lagi, pilih buah kelor yang masih muda untuk dibuat sayur supaya rasa kekacang pada biji kelor dapat dinikmati.  Nak tahu daun kelor dan buahnya boleh dibuat apa cek sini, sini, sini dan sini.
 
Sayur Bening Buah Kelor
Sumber: Hjh Timah
 
Bahan-bahan
Beberapa batang buah kelor muda
1 biji buah keras - lumatkan.
Air
Garam dan serbuk perasa
 
Cara Penyediaannya;
* Kikis kulit luar buah kelor dan potong pendek lebih kurang setengah jengkal.
* Jerangkan air, campurkan dengan buah keras yang ditumbuk lumat terlebih dahulu, garam dan serbuk perasa.  Boleh tambah serbuk lada sulah jika suka sedikit pedas.
* Reneh hingga buah kelor masak dan sesuaikan rasanya.
 
Adakah yang suka sayur bening ini?, nampak jer togel gitu tapi kalau dapat hirup kuah yang suam-suam pasti terasa nyaman dan segar.
Wassalam.

1 comment:

  1. kalau dana sayur bening tu, bumbu nya bwg putih, bwh merah dengan bilis je kak boh air... sama je bg dana istilah sayur bening dgn sayur air hehhe... dana tak pernah makan buah kelor ni kak, heheheh kesian kan

    ReplyDelete