Wednesday, 31 August 2022

Selamat Hari Merdeka Negaraku Malaysia Yang Ke-65

Assalamm...

Selamat Hari Merdeka negaraku Malaysia yang ke-65, 
Tempat tumpahnya darahku dan ikrar setiaku dinoktahkan,
Sejauh manapun kaki ini melangkah, 
Semakin dalam rinduku untuk pulang, 
Kerana di sinilah rumahku, 
Tiada tenang sepanjang pertualangan ini,
Nyaman itu hanya dalam dakapanmu,
Diseberang sana melambai-lambai,
Kemilau berlian dan permata,
Izinkan sejenak aku ke sana memetik buah syurga
  untuk kupersembahkan padamu,
Aku pasti kembali untukmu negaraku,
Demi tanah tercinta ini,
Demi keluargaku,
Aku pasakkan jiwa dan ragaku,
Untuk teguh bersamamu. 
Diri dan jiwa ini


Kau tahu, 
Aku sebenarnya terlalu bangga menjadi sebahagian dari dirimu,
Egoku lebih bermaharajalela
Untuk mengakui perasaan ini.

Diri dan jiwa ini

 

Jebat, tahukah kau betapa terseksanya aku
bila Bendahara membawa khabar tentang penderhakaanmu.

Semalam aku tidak tidur
gelombang serba salah menghempas ke dadaku
aku menimbang dan mengenang
kaulah sahabat yang kusayang
bagaimana dapat kutusuk keris itu ke badanmu.

Alangkah sukarnya membuat pilihan
jika aku pulang membunuh Jebat
aku akan kehilangan kawan
tapi jika aku membiarkan kau menderhaka
bangsaku akan kehilangan Tuah.

Lalu aku pilih untuk mengorbankan
sahabat kesayanganku sendiri
walaupun kelak aku dituduh sebagai pengampu
atau dikutuk kerana kesetiaan yang melulu.

Biarkanlah 
kuharap disuatu waktu nanti
bila bangsaku berpecah belah
mereka akan menyedari 
bahawa si Tuah bukan menentang Jebat
tetapi menentang penderhakaan dan perebutan kuasa
yang kupertahankan bukan raja
tetapi kerajaannya
tanpa kerajaan tidak kan wujud sebuah negara
tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa.

Jebat, aku mungkin tidak begitu bijaksana
tetapi inilah usaha terakhirku
agar tanah airku tidak akan hilang kerajaanya
bangsaku tidak akan hilang ketuanannya
dan Melayu tidak akan hilang di dunia.

Dato Dr. Zurinah Hassan.

 
Satu jeritan yang banyak berulang meresap
meresap... seperti senyum gadis di pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah malam
merempuh... seperti kereta kebal di medan perjuangan.

Pekiklah!
Jeritlah!
Dan...
Maralah!
 Tongkat Warrant
 
Semoga negaraku terus maju dan makmur.  Mampu menghadapi segala cabaran yang lebih mencabar ke depannya, dan kami sebagai rakyat terus teguh bersama memengang panji-panji dan ikrar kesetiaan.

Wassalam.

1 comment: