Friday, 26 August 2022

Kalau Sudah Minat

Assalamm.

Baru-baru ini perjalanan balik kampung, suami singgah di tempat kawan dia yang sama hobi.  Satu geng hobi membela, bukan bela hantu, tapi bela ikan sungai.  Nama pun mungkin orang pahang kan, banyak sungai dan ikan, jadi automatik suka kepada ikan sungai.  Kalau sudah minat, cakap lah apa pun, pasti mereka ada jalan nak jayakan hobi itu.  Lihat saja rumah atau bangsal tempat kawan ini letakkan kolam dan aquarium dia.  bebeapa kali dah ikut ke sini, tapi tak minat nak turun tengok ikan, kali ini rajin-rajinkan diri turun dan ambil gambar ikan. 

Tangki yang paling besar, sebesar bilik tidur, menempatkan banyak ikan sungai yang bersaiz besar.  Antara ikan yang ada dalam itu ikan kelah, kerai, tembat, temoleh, jelawat, lampam, tengas dan lain-lain yang saya kurang kenal. 

Di samping kolam besar tu, ada satu lagi kolam yang lebih kecil dan rendah sedikit.

Fiber tank ini pun dah cukup besar dan cantik untuk display ikan, tapi lebih sesuai jika diletakkan di ruang terbuka begini.

Aquarium ini nampak biasa di sini, tetapi cukup besar bagi kita yang tinggal di dalam rumah kecil dan ruang yang sempit.

Ikan Temoleh sungai Pahang yang berusia 13 tahun dalam jagaan tuannya, beratnya dalam belasan kilo. 

Mengikut cerita en.Abe, kawan ini pernah kerugian puluhan ribu ringgit ekoran ratusan ekor ikan mati disebabkan bekalan elektrik terputus beberapa hari di daerah Temerloh dan Mentakab.  Kejadian berlaku ketika banjir besar yang berlaku awal tahun ini. Kawasan rumah mereka terletak di atas bukit, dan seolah-olah berada dalan pulau kerana kawasan sekeliling semua dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan terpaksa memutuskan bekalan elektrik demi keselamatan bersama.  Kiranya ikan besar yang masih ada itu adalah antara yang mampu bertahan hidup ketika itu. Semoga kejadian itu tak berulang lagi lah.

Wassalam. 

3 comments:

  1. humang aih, dia punya akuarium besar gabak cantik pulak tu.

    ReplyDelete
  2. betul tu kalau dah minat sanggup buat apa sahaja, sedih juga kan bila alami kerugian yang besar macam tu.. tapi gitu lah fitrah dunia penuh ujian dan cabaran..

    ReplyDelete
  3. Memang sanggup berhabis ni demi hobi. Seronok la suami akak dapat jumpa teman sama minat

    ReplyDelete