Wednesday, 3 April 2019

Taman Arnab Bukit Batu, Damak Jerantut

Assalam..
Petang lepas balik dari Taman Negara, kami berkabung dengan yang lain ke Taman Arnab pula.  Taman ini bersebelahan dengan kampung mertua saja.  Dengar dah lama buka, kebetulan ada kanak-kanak riang dua orang tu ikut balik kampung, mari lah bawa mereka untuk kenal binatang di sini.  Waktu operasi dan bayaran seperti dalam gambar ya.  Sebenarnya hari kedua mereka berkunjung ke sini, semalam sampai sini, taman dah tutup.


Menurut mertua bilangan arnab sudah berkurangan sebab dijual ke peraih untuk mengatasi populasi arnab yang terlalu tinggi. Arnab sejenis binatang yang cepat membiak dan boleh diusahakan  dengan menjual dagingnya kepada pengusaha penyedia makanan berproses. 


Arnab dewasa tak banyak berkeliaran ketika tu, tinggal anak arnab yang comel-comel nie.  Arnab pun banya species sebenarnya, ini bersadarkan warna bulu, bentuk lorekkan pada mata dan telinga. 


Semasa sampai di kawasan ini, saya fikir mereka tak menjaga keadaan kandang arnab sebab membiarkan tanah merekah dan berlubang sana-sini.  Kurang faham akan habitat arnab yang suka menyorokkan diri di dalam lubang tanah.


Budak takut dengan kucing, dengan arnab pun sama, melompat terkincit-kincit bila anak arnab datang mendekat.


Tak sempat nak bagi kanak-kanak riang tu naik kuda sebab dah lewat petang, bawa diorang melawat kuda dalam kadang saja. 


Kumpulan boria BB ke Rabbit Park, saja jer tu adik beli dan tempahkan baju setiap seorang, kira belanja lah.  Berkumpul ramai-ramai ala-ala buat family day gitu.


Akan datang mereka akan buka untuk lawatan ke kebun strawberry pula, sedang giat di tanam di kawasan Taman Arnab.


Jangan lupa kunjungi Taman Arnab Bukit Batu, Damak jika tersesat kaki anda sampai ke daerah Jerantut.
Wassalam.

2 comments:

  1. Dulu pernah bela arnab
    Buat rendang sedap.

    ReplyDelete
  2. Wah baru tahu ada Taman Arnab kat Jerantut. Sy Jerantut pun belum oernah smp rasanya. Hehe

    ReplyDelete