Tuesday, 23 April 2019

Take A Break: Hiking Bukit Seladang, Jerantut

Assalam...
Alkisah balik cuti raya cina di Pahang hari tu, baru tahu yang ada pot hiking dekat-dekat dengan kampung mertua.  Mula nak pergi ramai-ramai, last hanya 3 orang saja yang bangun dan bersiap awal pagi tu yang lain sambung tarik selimut selepas sholat.  Plan nak keluar sebelum subuh sebab nak saksikan awan karpet sebelum matahari terbit, tapi apakan daya.


Sampai di tempat kejadian dah dekat jam 7 pagi, parking kereta pun kena lah jauh sikit daripada pintu masuk.  Tengok pada deretan kereta tu memang ramai pengunjung hari itu, ambil kesempatan balik kampung di musim cuti datang ke sini.


Sebenarnya di sini bukan macam hiking tempat lain, masuk hutan ke apa.  Di sini macam kita pergi ke kebun, ladang getah, trek hiking pun adalah laluan kenderaan bermotor ke ladang getah.  Hiking dalam kebun orang sebenarnya, nasib tuan tanah tak bawa senapang patah sebab menceroboh kawasan dia.  Lagi pun tuan tanah tengah berseronok beraya bakar mercun, sementara tu kita raya juga lah dalam kebun dia.


Permulaan hiking dah menegak mendaki kecuraman hasab juga mula-mula tu, maklum berjalan bersama kumpulan yang ramai.  Memang tak suka berjalan ramai-ramai, macam satu gangguan, tak suka nak bersaing-bersaing, kita jalan ikut stamina sendiri.  Ada satu group besar dari kampung sebelah hiking beramai-ramai dari pangkat nenek ke cucu cicit, siap ada uniform.


Ini di view point kedua, dah tak ingat nama point ini.  Ex staff di sekolah Nadiah ada cerita nama tempat ini, walaupun dah berumur stamina dia mantap, boleh kata setiap minggu dia bersenam naik ke sini.  Beliau cakap, nak tengok awan yang cantik kena datang dan satu lagi, hiking keesokkan hari selepas hujang lebat pada sebelah malam.


Pandangan ke arah Bandar Jerantut, tapi tak nampak terlindung dibalik bukit. 


Orang naik seawal subuh, ini naik dah lewat dapat lah matahari atas kepala jawapnya.


Bukit Seladang atau dikenali juga sebagai Bukit Pokok Sebatang.  Tapi kami tak jumpa pokok mana satu yang dimaksudkan.  Dari jalan raya boleh nampak ada sebatang pokok yang menonjol, dah sampai atas tak jumpa pula.  Agaknya tunggul pokok ini yang dimaksudkan.


Punya nak cari pokok nan sebatang, kami berjalan hingga ke kawasan pancawang ini.  Ada beberapa pendaki yang seperti kami, mencari sampai ke sini.


Pencawang Radio Amatur Komuniti Jerantut, tapi tak pernah dengar lagi lah siaran radio tu.



Mungkin juga pokok sebatang ini yang dimaksudkan, tengok gambar mereka yang mendaki dulu-dulu, sangat menonjol pokok sebatang tu.  Saya jumpa pokok ini jer yang besar atas tu dan bukan pokok getah, tapi dah kurang menonjol sebab pokok getah pun dah tinggi.
Tabik spring pada pekerja yang bekerja di kebun getah nie.  Sepanjang jalan menurun bukit, saya terpaksa mengundur sebab rasa semua ensel di lutut dah longgar tinggal nak terbarai saja, terpaksa bertahan guna tumit pula.  Sakit kaki dari sini makan hari juga nak hilang, sakit dia dan jalan tak betul tu macam balik mendaki Gunung Kinabalu.
Wassalam.

1 comment: