Assalam...
Suatu hari bff en.Abe bersama keluarga kecilnya datang dari kampung, singgah dan menginap di rumah. Mereka saja-saja datang sebab nak bawa anak isteri berjalan-jalan. Hari tu adalah hari bekerja tak dapatlah nak masak-masak beria-ia kan lagi pula nak keluar selepas magrib berjalan-jalan. Mereka singgah sekejap saja dan keesokkan hari dah nak balik, sebagai alas perut petang tu en.Abe sediakan spaghetti. Ala-ala nak buat spaghetti seafood aglio olio, tapi masukkan sekali dengan dakwat sotong, jadilah spaghetti hitam gitu.
Jamu lah mereka makan dengan si hitam ini, saya intai-intai air muka mereka makan. Lalu ke tidak nak telan spaghetti hitam nie, Alhamdulillah berselera jer mereka makan. Tapi mereka ini jenis tak makan banyak macam we all, makan jika bertambah pun buat syarat saja. Memang boleh nampak jika saiz badan dijadikan perbandingan, mereka semua halus-halus.
Black Spaghetti
Sumber: En. Abe
Bahan-bahan
1 paket speghetti
500gm sotong (ambil dakwat sotong)
1 biji bawang holland*
1 labu bawang putih *
1 biji lada bangala hijau *
1 biji lada bangala merah*
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Cili padi -
Sedikit oregano
Sedikit cili flake
Asparagus
Tomato cerry
Daun selasih
Minyak zaitun
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya
Cara Penyediaannya
* Rebus spaghetti hingga ala dante (lembut tetapi masih kenyal-kenyal). Letak beberapa titik minyak zaitun ketika merebus. Lepas toskan spaghetti siram sedikit minyak zaitun lagi.
* Blend kasar (tanpa air) bahan bertanda '*'.
* Tumis bahan blend tadi hingga naik bau. Masukkan sotong dan dakwatnya sekali.
* Tambah air dan sayur, tunggu hingga mendidih kemudian masukkan spaghetti.
* Gaul dan tambahkan garam serta serbuk perasa. Angkat dan hidangkan.
Cik mimi ada bertanya ketika makan, memang selalu ker masak begini. Alamak, nak jawap pun jadi serba. Nak berterus terang ker tak ya, nak cakap sebenarnya nak buat spaghetti lain tapi hasilnya lain. Mampu senyum saja tak perlu kata apa-apa. Selang beberapa hari mereka balik, en.Abe dapat whatapp dari bff dia kat cik mimi nak resepi spaghetti hitam, so kita tepek sekali lah di sini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment